• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuh Kumpulan G25 – Mufti Kedah

oleh Ahmad Albab
09/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad hari ini menyarankan agar kumpulan bekas penjawat awam G25 dimansuhkan.

Ini berikutan beberapa isu yang diketengahkan kumpulan tersebut yang katanya tidak masuk akal dan bertentangan dengan agama.

Malah beliau berkata G25 juga perlu segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan berpandukan Al-Quran dan Sunnah memandangkan ‘telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT’.

G25 baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mahu hukuman terhadap perbuatan khalwat dimansuhkan jika dilakukan di rumah persendirian.

Menurutnya, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam.

Ketika dihubungi Bernama, mufti itu berkata, walaupun ia adalah hak privasi individu, namun kesan perbuatan tersebut bukan hanya melibatkan pelakunya, malah ahli keluarga dan masyarakat.

Mengulas mengenai cadangan G25 yang mahu akaun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diaudit, beliau berkata Jakim merupakan institusi agama yang penting dan dipercayai di negara ini bagi mengendalikan hal berkaitan agama.

“Apabila timbul satu isu mereka ini akan mengkaji, misalnya sesuatu produk yang bertentangan dengan Islam mereka ini akan kaji, kemampuan Jakim disebabkan ada jawatankuasa-jawatankuasa khas dalam bidang agama,” katanya.

Beliau berkata seharusnya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini, masyarakat terutamanya badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan bekerjasama lebih erat dengan Jakim dan jabatan agama. – BERNAMA

Tags: G25Mufti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd