• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Ditahan Keluar Kata Kesat & Halang Polis Jalankan Tugas

oleh Ahmad Albab
09/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Polis menahan seorang pemandu lori yang melanggar sebuah kedai terletak di persimpangan jalan di Pokok Sena, di sini selepas lelaki itu mengeluarkan kata kesat kepada anggota polis dalam kejadian semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, pemandu berusia 55 tahun terbabit telah melanggar sebuah kedai yang terletak di persimpangan jalan dan dia cuba melarikan diri.

Sumber berkata dua anggota polis peronda yang kebetulan berada tidak jauh dari lokasi kejadian itu bertindak menahan lori itu dan meminta pemandunya menyerahkan kad pengenalan serta lesen memandu.

“Lelaki itu tidak menyerahkan kad pengenalannya malah enggan turun dari lori walaupun beberapa kali anggota polis itu menyuruhnya turun. Sebaliknya mendakwa dia sakit dada akibat kemalangan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya anggota polis itu terus menghubungi bilik gerakan dan hospital bagi meminta bantuan sebelum sebuah ambulans sampai di lokasi kejadian.

Sumber itu berkata pemandu lori berkenaan masih enggan turun dari kenderaannya dan secara tiba-tiba telah mengeluarkan kata kesat terhadap polis.

Katanya lelaki itu terus ditahan kerana mengeluarkan kata kesat dan enggan memberikan kerjasama walaupun telah dipujuk oleh pegawai penyiasat supaya menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandunya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan.

Katanya kes disiasat menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang anggota polis daripada menjalankan tugasnya. – BERNAMA

Tags: pemandupolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd