• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Rugi RM1,320, Cedera Di Kepala & Bahu Disamun

oleh Ahmad Albab
09/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Seorang lelaki bukan sahaja kerugian RM1,320 malah turut cedera di kepala dan bahu kanan selepas disamun dua suspek dalam kejadian di Pongsu Seribu, di sini Khamis lepas.

Sumber berkata mangsa berusia 52 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu semalam ekoran menerima rawatan akibat kecederaan yang dialaminya di Hospital Kepala Batas selama lima hari.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa sedang menunggang motosikal seorang diri sebelum dihampiri sebuah motosikal Modenas Kriss dinaiki dua lelaki dan pemboncengnya terus memukul kepala lelaki itu dengan sebatang kayu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata akibat dipukul, mangsa terjatuh sebelum dia bangun dan cuba melawan bagaimanapun penunggang motosikal terbabit turun dari motosikalnya dan bergelut dengan lelaki berkenaan.

“Dalam masa yang sama pembonceng motosikal yang memukul mangsa itu mengeluarkan sebilah pisau panjang dan menikam bahu kanan lelaki berkenaan sebelum mereka mengambil dompet mangsa,” katanya.

Sumber itu berkata dua lelaki itu hanya mengambil wang tunai sebanyak RM1,320 yang berada dalam dompet mangsa dan meninggalkan beg duit terbabit berhampiran tempat kejadian.

Katanya mangsa tidak dapat mengecam dua lelaki berkenaan kerana semasa kejadian kawasan itu gelap dan sunyi.

“Ekoran kejadian itu, mangsa menerima lapan jahitan di kepala sebelah kiri dan lapan jahitan di bahu kanan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Azmi Adam ketika dihubungi berkata kes disiasat menurut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan dua lelaki terbabit giat dijalankan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes samunlelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd