• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

G25 Cetus Kontroversi, Siapa Di Sebaliknya?

oleh AK-47
10/12/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK akhir-akhir ini, G25 tiba-tiba jadi bualan ramai lantaran kontroversi dicetuskan kumpulan bekas penjawat awam ini apabila mencadangkan sebuah jawatankuasa perunding dibentuk bagi membincangkan pindaan atau pemansuhan beberapa undang-undang syariah termasuk berkaitan isu khalwat.

Paling curi perhatian apabila G25 mendakwa, hukuman terhadap pesalah khalwat bertentangan dengan undang-undang Islam kerana dosa peribadi antara pelaku adalah dengan ALLAH kecuali jika dibuat di kawasan awam.

Sebelumnya G25 mencetuskan sensasi apabila menyarankan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuhkan.

Rata-rata anggota G25 adalah pesara kerajaan bertaraf profesional dan bukan ‘calang-calang’. Antaranya bekas diplomat, Datuk Noor Farida Ariffin; bekas Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Asiah Abu Samah,; bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mazlan Ahmad dan bekas hakim, Datuk Syed Ahmad Idid.

Agenda sebenar kumpulan ini masih tidak dapat difahami, namun setakat ini, mereka seolah-olah ingin jadi kepala atau ketua yang ingin mengubah sesuatu dasar dan undang-undang yang telah sedia ada terutama berkaitan Islam.

Susulan itu, beberapa pihak melahirkan kebimbangan terhadap ideologi yang dibawa oleh G25 boleh menjerumuskan lebih ramai umat Islam di negara ini mengikuti agenda berbaur liberal yang dibawakan mereka.

Baca: Ahli G25 Perlu Pandai Cari Tanah Kubur Sendiri – Tuan Asmawi

Cadangan untuk memansuhkan Jakim, turut mencetuskan kemarahan ramai memandangkan ia merupakan badan yang menjadi rujukan utama bagi pelbagai isu berkitan agama Islam di negara ini.

Jakim yang berfungsi sebagai agensi utama bagi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan, turut bertindak selaku urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Ia melaksanakan tiga fungsi utama berkaitan undang-undang Islam iaitu penggubalan dan penyeragaman Undang-Undang Syarak, penyelarasan pentadbiran Islam serta penyelarasan dan pembangunan pendidikan Islam.

Jadi bayangkanlah jika institusi agama yang besar seperti Jakim dimansuhkan, apakah berlaku terhadap agama Islam di negara ini? Apakah terjadi terhadap semua undang-undang Islam berlandaskan Al-Quran yang diguna pakai di negara ini?

Banyak lagi persoalan yang boleh diutarakan kepada kesemua ahli G25 ini tentang hala tuju dan matamat mereka kerana dilihat agak menyimpang jauh dengan apa yang telah sedia ada.

Bercakap mengenai isu khalwat pula, secara dasarnya isu moral dan keruntuhan akhlak merupakan satu isu besar yang sangat perlu untuk disuarakan oleh banyak pihak.

Semakin banyak kes yang berkaitan keruntuhan akhlak dapat dilihat berlaku antaranya adalah kes khalwat, masalah penyalahgunaan dadah serta yang paling utama masalah sosial yang melibatkan golongan belia remaja.

Masalah-masalah sebegini sepatutnya dikurangkan ataupun disifarkan bagi menjamin kesejahteraan serta kemakmuran rakyat di negara ini, seterusnya juga mengubah akhlak dan pemikiran para belia remaja ini.

Namun, sekiranya hukuman terhadap kes seperti khalwat dimansuhkan, apa pula yang akan terjadi? Apakah G25 mahu masalah ‘penghasilan’ anak luar nikah berleluasa?

Adakah mereka akan bertanggungjawab jika kes jangkitan HIV dan AIDS merebak menunjukkan peningkatan membimbangkan? Banyak perlu difikirkan sebelum melemparkan kenyataan yang tidak berasas seperti itu.

Secara amnya, itulah serba sedikit mengenai kumpulan liberal ini yang mahu segalanya digubal ikut cita rasa dan kehendak mereka. Adakah mereka juga mahu digelar sebagai Rasul Alaf Baru? Sama-samalah kita renungkan. – MYNEWSHUBCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=I5wJActO_JA&w=560&h=315]

Tags: kontroversiPergerakan Baru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Penerbit Mohon Maaf Isu Hina Jata Negara

30/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd