• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Agung Sayap UMNO Bermula Hari Ini

oleh Ahmad Albab
09/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketiga-tiga sayap UMNO Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri – mengadakan perhimpunan agung masing-masing sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Perhimpunan kali ini menyaksikan kelainan apabila ia dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing, berbanding secara tradisinya yang disempurnakan timbalan presiden parti itu.

Ketua pergerakan Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil merasmikan persidangan sayap pergerakan itu di Dewan Merdeka; perhimpunan agung Pemuda pula dirasmikan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin di Dewan Tun Dr. Ismail manakala perasmian pergerakan Puteri disempurnakan ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Tun Hussein Onn.

Ketiga-tiga perhimpunan itu dirasmikan secara serentak pada 8 pagi sebelum para perwakilan yang dipilih membahaskan usul antaranya mengenai pendidikan, kos sara hidup, ekonomi dan perumahan.

Sebanyak 993 perwakilan Wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri) menghadiri persidangan sayap berkenaan. – BERNAMA

Tags: PAU 2015UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Senator DAP, RA Lingeshwaran mendakwa politik berasaskan agama membutakan pertimbangan. Beliau mempersoalkan adakah Johor mahu terus ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd