• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Rangka Kertas Pemeriksaan Berkaitan Bauksit Di Pahang

oleh Ahmad Albab
08/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang merangka kertas pemeriksaan bagi memantapkan sistem dan prosedur berkaitan bauksit ekoran terdapat kelemahan dari segi penguatkuasaan dan hasil diperoleh kerajaan negeri.

Pengarah SPRM Pahang Datuk Zainul Darus, berkata dua kertas pemeriksaan berkenaan dijangka siap penghujung bulan ini sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri.

Katanya, kertas pemeriksaan itu dirangka selepas mendapati wujud kelonggaran dari segi penguatkuasaan dan kutipan hasil bauksit yang mendedahkan kepada aktiviti rasuah kerana bauksit tidak tersenarai dalam akta berkaitan hasil bumi.

“Ini kerana dalam akta terbabit tiada istilah bauksit sebaliknya hanya disebut laterit merah yang bermaksud tanah merah tidak bernilai, kita kini dalam proses untuk menyiapkan kertas pemeriksaan supaya hasilnya dapat memberi keuntungan kepada kerajaan.

“Begitu juga dari segi penguatkuasaan, bila ada (bauksit) dimasukkan dalam akta berkaitan tindakan susulan dapat diambil pihak berkuasa tempatan, sekarang ini hanya boleh ambil tindakan dari segi muatan dan debu bauksit iaitu di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Jabatan Geosains tidak boleh ambil tindakan termasuk dari segi permit, levi dan cukai,” katanya kepada pemberita selepas Program Merakyatkan SPRM bersempena Hari AntiRasuah Sedunia di Kampung Cempaka dekat sini, hari ini.

Program sehari itu diadakan dengan kerjasama Kelab Media Pahang dan penduduk Kampung Cempaka.

Zainul berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung dakwaan rasuah berkaitan kegiatan perlombongan bauksit di sini daripada penduduk setempat dan ia diserahkan kepada Ibu Pejabat SPRM untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Dalam pada itu, katanya Program Merakyatkan SPRM adalah satu daripada strategi dilaksanakan pihaknya bagi mendekati masyarakat supaya mereka dapat bersama-sama membendung jenayah rasuah.

“Kami mendapat sokongan padu daripada masyarakat yang turut memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat, SPRM berharap untuk mendapat kerjasama seperti ini pada masa depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bauksitSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd