• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Kemuka Bantahan Terhadap Artikel Disiarkan Harakah

oleh Ahmad Albab
07/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan bantahan terhadap 20 artikel lain yang digunakan oleh Harakah dan Harakahdaily dalam kes saman beliau terhadap kedua-dua pihak berhubung isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Najib berkata mahkamah memerintahkan pihaknya supaya memaklumkan mengenai bantahan itu kepada peguam mewakili Harakah dan Harakahdaily sebelum 21 Disember ini.

“Beliau (hakim) memberikan kami dua minggu untuk menulis kepada mereka berhubung bantahan terhadap ketidakrelevanan artikel berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas bertemu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng di dalam kamarnya di sini.

Mahkamah menetap 8 Januari tahun hadapan untuk pengurusan kes.

Sementara itu, peguam Muhammad Faiz Fadzil yang mewakili Harakah dan Harakahdaily, memaklumkan pihaknya akan meminta peguam mewakili Najib supaya mengenal pasti artikel berkenaan.

Artikel-artikel itu berkaitan isu 1MDB yang diterbitkan di laman portal dan juga blog.

Najib memfailkan saman pada 18 Mac tahun ini dengan menamakan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily, Taufek Yahya, sebagai defendan.

Saman itu membabitkan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Februari berkaitan isu dana 1MDB.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan bahawa beliau menyalah guna dana 1MDB.

Oleh itu, kata beliau, penerbitan artikel itu menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa.

Najib turut mendakwa Taufek gagal mengamalkan ‘kewartawanan bertanggungjawab’ dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulisnya sebelum menerbitkan artikel itu.

Perdana menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menghalang defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan semula artikel berkenaan. – BERNAMA

Tags: mahkamahNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd