• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nurul Izzah HARAM Masuk Sarawak Sebab Tidak Patriotik

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Larangan masuk ke Sarawak yang dikenakan ke atas Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dibuat atas pertimbangan sikap tidak patriotik dan tidak sensitifnya baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Abdullah Saidol berkata, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu lebih tahu sikapnya telah melukakan penduduk negeri ini dan Sabah.

“Seorang pegawai polis berasal dari Sarawak antara yang terbunuh semasa pencerobohan kumpulan bersenjata Filipina ke atas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 2013 lalu.

“Nurul baru-baru ini bertemu dengan Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram yang mendakwa Sultan Sulu, orang yang terbabit secara langsung (pencerobohan di Lahad Datu),” katanya.

Abdullah menambah pada bulan lalu seorang lagi penduduk Sarawak, Bernard Then dibunuh secara kejam oleh kumpulan penculik Suluk dari selatan Filipina.

Pegawai Imigresen telah bertemu dengan Nurul Izzah sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 4 petang Ahad bagi mengumumkan calon PKR pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Seorang pegawai Imigresen kemudian memaklumkan bahawa beliau tidak dibenarkan memasuki negeri ini dan diminta meninggalkan Sarawak melalui penerbangan yang kemudiannya.

Abdullah menambah tindakan menyekat itu bukan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan negeri kerana ia memiliki hak untuk memelihara keharmonian dan perpaduan masyarakat negeri ini.

“Jika Sabah boleh menyekat Nurul masuk, kenapa Sarawak tidak boleh?” soalnya

“Kami bukan saja sekat Nurul, malah sesiapa sahaja yang mempunyai niat tidak baik dan ingin menyemai benih perbalahan kaum dan agama di negeri ini,” jelas beliau.

Abdullah menambah Nurul Izzah telah menyalahgunakan kebebasan bercakap dengan bersama Jacel, anak Jamalul Kiram yang dianggap sebagai musuh negara. – BERNAMA

Tags: Nurul Izzahsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd