PEMAIN Johor Darul Takzim (JDT) sempat memberikan penghormatan terakhir terhadap Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Ismail dengan menziarahi makam Almarhum di Makam Diraja Mahmoodiah di Johor Bahru pada Ahad.
Antara bintang kelab Harimau Selatan itu yang kelihatan ialah Aidil Zafuan, Safiq Rahim dan Baihakki Khaizan yang hadir dengan ditemani pasangan masing-masing.
JDT dinaungi oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail yang merupakan kekanda sulung kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Tunku Abdul Jalil mangkat akibat penyakit kanser hati yang dihidapi baginda sejak Disember tahun lalu pukul 7.11 petang, pada Sabtu lalu.
Almarhum merupakan anakanda keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia. – MYNEWSHUB.CC

