• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Saman RM10 Juta, Anak Maut Sebab Hospital Cuai

oleh
11/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri memfailkan saman RM10 juta terhadap Hospital Besut, Terengganu dan 10 defendan lain, akibat kecuaian mengakibatkan kematian anak perempuan mereka, Ulya Insyirah, 4 tahun; dua tahun lalu.

Muhamad Sardi Saad dan isterinya, Fadilah Abd. Wahab memfailkan writ saman di mahkamah tinggi di sini pada jam 11 pagi Ahad melalui Tetuan Syukran Noordin Advocates & Solicitors.

Pasangan itu menamakan Dr. Shairazi Azizi Mohd. Salleh, Dr. Mohd Ruhaifi Yusuf, Dr. Norzaherawati Aryani Md Tahir, Dr. Hasmani Hamat, Dr. Muhammad Solehuddin Ishak dan Pengarah Hospital Besut, Terengganu sebagai defendan pertama hingga keenam.

Plaintif turut menamakan Dr. Noor Ain Noor Afendi, Dr. Sharifah Huda Engku Alwi, Datuk Dr. Jimmy Lee Kok Foo, Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketujuh hingga ke-11.

ulya

Dalam kejadian pada 5 Disember 2013, mangsa, Ulya Insyirah dimasukkan ke Hospital Besut selepas mengalami muntah yang kerap sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah mengakibatkan keadaannya semakin parah.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 8.05 pagi keesokan harinya.

Berdasarkan laporan perubatan, punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh pembengkakkan dalaman yang serius akibat kemasukan air atau lebihan ubat ketika menerima rawatan.

Pasangan guru tersebut turut mendakwa ditawarkan RM14,000 sebagai saguhati dan dengan syarat mereka tidak perlu membawa kes berkenaan ke mahkamah, namun tawaran itu ditolak oleh mereka.

Sebutan pertama kes, dijangka akan ditetapkan oleh pihak mahkamah dalam tempoh terdekat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: doktorhospital
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd