• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Abdul Jalil, Definisi Sebenar Putera Berjiwa Rakyat

oleh AK-47
06/12/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMERGIAN putera raja berjiwa rakyat, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Ismail semamangnya memberikan kesan terutama sekali buat rakyat Johor yang sangat menyenangi keperibadian mesra dan merendah diri insan yang disayangi ramai ini.

Jika kita imbas kembali, Tunku Abdul Jalil merupakan antara individu berprofil tinggi yang sangat mudah bergaul mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang seseorang individu tersebut.

Baginda juga dengan tidak segan silu belajar mengisar Air Batu Campur (ABC) di gerai tepi jalan, bergurau senda dengan jururawat selain cukup gemar mengusik adik-beradik baginda yang lain terutamanya adinda bongsunya, Tunku Abu Bakar.

Baca: Chef Wan Tersentuh Dengan Keperibadian Tunku Abdul Jalil

Juga: Tunku Abdul Jalil Mangkat, Siti Hilang Teman Gurau Senda

tunkujalil1

Keletah mesra Tunku Abdul Jalil pastinya akan dirindui terutama sekali buat kaum kerabat baginda.

Berikut merupakan 10 fakta penting mengenai Almarhum Tunku Abdul Jalil untuk renungan bersama:

1. Pernah bekerja sebagai penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.

2. Berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan dari sebuah universiti di United Kingdom.

3. Mencatat sejarah sebagai kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor.

4. Baginda sebenarnya tidak pernah bermain sukan polo disebabkan alahan pada bulu kuda.

5. Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini.

6. Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beramah mesra dan bertanya khabar.

7. Disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan menjalani rawatan pemindahan hati di Guangzhou, wilayah Guangdong, China.

8. Baginda merupakan adinda kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar.

9. Antara kekanda serta adinda baginda termasuk Tunku Aminah Maimunah, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri dan Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim.

10. Baginda mangkat disebabkan penyakit kanser hati pada pukul 7.11 malam 5 Disember 2015 dan berusia 25 tahun di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Video di bawah ini mungkin dapat mengubat sedikit kerinduan kepada Almarhum. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan sentiasa dalam lindunganNya. Al-Fatihah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Johormangkattunku jalil
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd