• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaminan Tak Benarkan IPTA Naik Yuran Pengajian

oleh Ahmad Albab
06/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali lagi mengulangi janji kerajaan untuk tidak membenarkan universiti awam menaikkan yuran pengajian bagi pelajar prasiswazah.

Timbalan perdana menteri berkata jaminan itu dibuat demi kebajikan pelajar universiti awam meskipun peruntukan kepada sektor pendidikan tinggi berkurangan dalam Bajet 2016.

“Pengurangan peruntukan kira-kira RM2.4 bilion (berbanding tahun sebelumnya) untuk Kementerian Pendidikan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh universiti untuk menaikkan yuran pengajian.

“Saya yakin faktor ini tidak akan menjadi penghalang kepada kemajuan dan pembangunan di universiti, malah pengurangan bajet kali ini mempunyai hikmah yang tersembunyi apabila berpotensi menonjolkan sifat berdaya tahan sesebuah universiti awam dalam mengharungi cabaran ekonomi semasa,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (Pemanas) di sini hari ini. Teks ucapan timbalan perdana menteri dibacakan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Masrizal Muhammad.

Ahmad Zahid menarik perhatian bahawa sejak dua tahun lepas, kementerian berkenaan telah memberi mandat kepada universiti untuk mencari 30 peratus sumber kewangan sendiri.

Beliau yakin semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan mampu menyerap keadaan ini dan melihatnya sebagai satu cabaran baharu dunia pendidikan tinggi negara.

“Sesungguhnya, inilah masanya universiti awam melipatgandakan usaha bagi menjana pendapatan sendiri bagi membantu menampung perbelanjaan universiti,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid menekankan golongan muda menerapkan elemen inovasi dan kreativiti untuk muncul sebagai usahawan berjaya.

“Hari ini, inovasi menjadi begitu penting dan kritikal dalam menentukan tahap kemajuan dan pembangunan bagi sesebuah ketamadunan.

“Kejayaan sesebuah negara atau masyarakat juga banyak bergantung kepada kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif,” kata Ahmad Zahid.

Katanya, generasi masa depan harus mempunyai tahap kepedulian sosial yang tinggi dan bijak membuat imbasan persekitaran komuniti, masyarakat mahupun negara.

Program hari ini disertai 250 mahasiswa dari pelbagai IPTA sebagai platform bertukar pandangan dan melahirkan idea bernas menerajui tranformasi negara.

Ia merupakan program yang berlangsung sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 minggu depan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]isSW-RYkeXU[/wpdevart_youtube]

Tags: IPTA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Akan Umum Mekanisme Yuran IPTA Golongan Kaya

KPT Akan Umum Mekanisme Yuran IPTA Golongan Kaya

19/10/2024
0

MANJUNG - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan baharu kadar yuran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada kumpulan...

Kelantan Sedia Bas Untuk Pelajar Pulang Mengundi

Kelantan Sedia Bas Untuk Pelajar Pulang Mengundi

06/07/2023
0

KOTA BHARU: Kerajaan negeri membuat ketetapan menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd