• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samsung Patenkan Teknologi Telefon Ubah Jadi Komputer Riba

oleh AK-47
07/12/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERANTI pintar yang mampu berubah menjadi sebuah komputer telah wujud di dalam bentuk Continuum sistem operasi Windows Phone 10.

Telefon pintar yang mampu berubah menjadi komputer riba juga sudah dihasilkan oleh Asus dengan Transformer Book V tahun lalu.

Sambutan terhadap Transformer Book V yang boleh menjalankan sistem operasi Android dan Windows ini adalah agak dingin kerana harga jualan yang terlalu tinggi.

Tetapi hakikatnya kita kini hidup di dunia pasca komputer dan peranti yang mampu berubah menjadi beberapa peranti lain adalah keperluan yang tidak dapat dielakkan.

Tidak mengejutkan juga bagi menyediakan diri untuk dunia peranti pelbagai guna ini Qualcomm dikatakan akan menghasilkan Snapdragon 830 yang menyokong RAM sehingga 8 Gigabyte.

Samsung juga nampaknya tidak mahu ketinggalan memasuki pasaran peranti pintar pelbagai guna ini. Mereka telah mempatenkan peranti pintar yang mampu berubah menjadi sebuah komputer riba seperti Transformer Book V.

Berbeza dengan komputer ciptaan Asus ini, lakaran paten Samsung menujukan peranti diletakkan pada bahagian kekunci komputer riba.

Paten-tablet-komputer-pintar-Samsung-1

6a0168e68320b0970c01b8d118ca99970c-800wi

Ini bagi memudahkan skrin telefon pintar diakses ketika ia berfungsi sebagai sebuah komputer riba.

Peranti hibrid Samsung ini juga mampu menggunakan sistem operasi Android dan Windows secara serentak. Bagaimanakah implementasi sistem akan dilakukan tidak pula diberitahu dengan lebih terperinci.

Adakah penggunaan peranti hibrid dwi-OS Samsung ini akan berjaya? Harus diingat peranti phablet gagal mendapat perhatian pengguna sehinggalah Samsung menghasilkan Galaxy Note.

Mereka juga berjaya mempopularkan semula penggunaan stylus yang amat dibenci mendiang Steve Jobs. Dengan kepakaran kejuruteraan dan pengiklanan mereka kami tidak akan terkejut sekiranya peranti hibrid dwi-OS boleh menjadi popular walaupun pernah beberapa kali gagal sebelum ini.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Patently Mobile

Tags: SamsungTeknologi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Separuh Pekerjaan Di Malaysia Bakal ‘Pupus’

21/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menjangkakan separuh daripada pekerjaan di Malaysia bakal digantikan dengan automasi dalam jangka masa panjang. Ahli...

Malaysia Bangunkan 2 Teknologi Kesan Virus Covid-19

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Malaysia sedang membangunkan dua teknologi menerusi universiti tempatan yang dibiayai Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd