• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persiapan Menjelang PAU 2015 Berjalan Lancar

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Rabu ini berjalan lancar, kata Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh.

Beliau berkata persiapan bagi acara di dalam dan di luar dewan bagi perasmian perhimpunan agung ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada Rabu dan Perhimpunan Agung UMNO Khamis ini juga lancar.

Antara perubahan yang dilakukan ialah lagu “Melayu Bersatu” diberikan nafas baharu dengan lebih rancak dan akan disampaikan oleh koir terdiri daripada 32 mahasiswa Fakulti Seni Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh perasmian perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Raptai itu termasuk acara menaikkan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa, dan pemeriksaan perbarisan serta persembahan koir.

Beliau berharap anggota parti itu dapat menghayati seni kata dan lagu “Melayu Bersatu” supaya dapat menyerapkan lagi semangat dan obor perjuangan orang Melayu.

Raptai penuh perbarisan yang berlangsung bermula 8 pagi selesai tengah hari.

Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan berlangsung Selasa ini dengan majlis taklimat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota Majlis Tertinggi, Exco ketiga-tiga sayap, Ketua, timbalan, naib ketua, setiausaha, ketua penerangan dan bendahari bahagian-bahagian UMNO, serta Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian.

Sementara itu, perasmian perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti yang akan dirasmikan ketua masing-masing akan diadakan Rabu ini dan diikuti perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh presiden parti pada Khamis ini.

Dianggarkan seramai 5,732 anggota UMNO akan menghadiri perhimpunan kali ini dengan 2,762 anggota akan menghadiri perhimpunan agung Khamis ini, dan selebihnya akan menghadiri perhimpunan agung ketiga-tiga sayapnya iaitu 993 orang (Wanita), 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri) pada Rabu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]RPwfVV2T44w[/wpdevart_youtube]

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd