• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Siasat Dakwaan Jururawat Diberhentikan Kerja

oleh Ahmad Albab
06/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan seorang jururawat diberhentikan kerja berikutan enggan mengenakan pakaian seragam berlengan pendek di sebuah hospital swasta.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata tindakan akan diambil sekiranya hospital terbabit didapati melanggar peraturan di bawah Bahagian Amalan Perubatan Swasta Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata semua hospital di bawah kementerian mewajibkan jururawat beragama Islam menutup aurat dan arahan ini turut diguna pakai untuk hospital swasta.

“(Jururawat) hospital kerajaan semua tutup aurat kecuali dalam dewan bedah yang memerlukan doktor dan jururawat pakai lengan pendek. Namun mereka masih bertudung dan memakai gaun perubatan yang menutup aurat.

Jururawat Hospital Swasta Ditegah Menutup Aurat?

“Jururawat yang beragama Islam semua wajib (menutup aurat). Hospital swasta kena ikut kementerian. Dalam hal ini kita pun tidak tahu apa masalah yang sebenarnya, Bahagian Amalan Perubatan Swasta kementerian tengah siasat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran UMNO Bahagian Jelutong melibatkan 45 kanak-kanak lelaki di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, Naziah Sauni Samat, 24, mendakwa beliau diberhentikan kerja setelah enggan mengenakan pakaian seragam berlengan pendek.

Katanya, arahan supaya mengenakan pakaian seragam itu dikeluarkan selepas dua bulan dia bertugas di hospital swasta tersebut atas faktor kebersihan.

Gadis berkelulusan Diploma Kejururawatan itu sebelum ini bertugas di sebuah klinik sebelum bekerja di hospital swasta berkenaan pada 1 September lepas, sekembalinya dari Jepun sebagai jururawat peribadi selama setahun empat bulan.

Dalam pada itu, Dr. Hilmi menasihatkan mana-mana doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang mempunyai masalah untuk terus membuat laporan kepada pihak kementerian supaya tindakan susulan dapat diambil.

“Semua laporan dan aduan yang diterima tidak kira sama ada melalui media sosial, bertulis dan e-mel serta menerusi WhatsApp berkaitan masalah disiplin, tidak puas hati akan disiasat,” katanya.

Mengulas cadangan bayaran tempat letak kenderaan di kawasan hospital awam di seluruh negara, Dr. Hilmi berkata perkara itu masih belum dimuktamadkan dan ia masih di peringkat awal.

Beliau berkata tujuan cadangan itu adalah untuk menyelaras dan mengawal penyalahgunaan tempat letak kenderaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga menyukarkan kakitangan hospital dan pelawat.

“Ada yang salah guna kerana tempat letak kereta di hospital ni percuma. Ada tu letak kereta di hospital kemudian pergi tempat lain petang baru ambil balik kereta. Kita nak menyelaras dan mengawal supaya tempat meletak kenderaan ini digunakan oleh mereka yang ada kena mengena dengan hospital seperti kakitangan dan pelawat,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]EdyS1JVV3Fg[/wpdevart_youtube]

Tags: Hilmi Yahaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Cadang Ketum Ubat Sakit, Pulih Tagih Dadah

17/12/2017
0

BALIK PULAU - Kerajaan tidak bercadang menjadikan ketum sebagai ubat tahan sakit atau rawatan ketagihan dadah, walaupun struktur dan molekul...

Skim PPBP: Pesakit Tidak Mampu Bayar Tetap Akan Dirawat

21/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Pesakit yang tidak mampu membayar caj dan kos perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd