• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Singapura Ucap Takziah Kepada Keluarga Diraja

oleh Ahmad Albab
07/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching, mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga diraja Johor atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim malam Sabtu.

Melalui laman Facebook rasminya, Hsien Loong juga menyampaikan kekesalan beliau kerana tidak dapat menghadiri istiadat pemakaman Tunku Abdul Jalil susulan perlu menghadiri konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Ahad.

“Ho Ching dan saya sedih atas kemangkatan Yang Mulia Tunku Abdul Jalil, putera Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan permaisuri baginda, Raja Zarith.

“Tunku Abdul Jalil dikenang kerana sikap belas ihsan, kerja amal dan kecintaan beliau terhadap alam sekitar serta haiwan.

“Saya masih ingat Tunku Abdul Jalil memberitahu kami tentang kerja sukarela beliau di Zoo Singapura dan betapa beliau begitu gembira ketika bersiar-siar di Singapore Botanic Gardens,” katanya.

Hsien Loong berkata doa dan harapan beliau mengiringi mereka (kerabat diraja Johor) dan rakyat Johor dalam menghadapi detik-detik yang memilukan ini.

Beliau akan diwakili Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Singapura, Teo Chee Hean serta Menteri Dalam Negeri dan Undang-undang, K. Shanmugam ke istiadat pemakaman Tunku Abdul Jalil.

Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah di sini kerana kanser. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]0ZeXyV8Ulpk[/wpdevart_youtube]

Tags: tunku jalil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Titah Polis Tahan Mat Rempit Depan HSA

03/02/2018
0

MURKA... Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar murka tindakan golongan mat rempit menjadikan Jalan Pantai Lido di hadapan Hospital...

Permaisuri Sedih KMJ Kali Ini Tanpa Ku Lil

15/05/2016
0

KEMBARA Mahkota Johor merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. Acara itu turut melibatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd