• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PasMa Umum Sokong Pakatan Harapan Dalam PRU

oleh Ahmad Albab
06/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hari ini mengumumkan pendirian akan menyokong Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Presidennya Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata PasMa merupakan pendokong Pakatan Harapan malah PasMa juga memberi kebebasan kepada ahli ahlinya untuk memilih mana-mana parti dalam pakatan itu.

Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor, berkata pihak PasMa tidak akan menyokong parti pembangkang yang bersendirian seperti PAS.

“Tidak timbul isu bermusuh dengan PAS. Kita hanya tidak akan menyokong parti pembangkang yang bersendirian kerana kita berpegang kepada sistem pertandingan dua penjuru di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen PasMa Kali Ke-2 di sini hari ini.

Beliau berkata PasMa sentiasa bersedia menyokong dasar dan usaha Pakatan Harapan di negeri-negeri di bawah tadbirannya terutama Pulau Pinang.

Phahrolrazi turut mendesak kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil pendirian yang sama, seperti Kerajaan Pulau Pinang bagi menubuhkan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri. – BERNAMA

Tags: pakatan harapanPASMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Memang Terkejut Baca Manifesto PH, Janji  Bulan Dan Bintang Lagi

Memang Terkejut Baca Manifesto PH, Janji Bulan Dan Bintang Lagi

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memang terkejut membaca manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana masih mengulangi janji...

“Sudah-Sudahlah Terkena Manifesto PH”

“Sudah-Sudahlah Terkena Manifesto PH”

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin menyeru Bangsa Johor tidak terpedaya dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang sememangnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd