• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Ancaman, Polis Ulas Kejohanan Skuasy Mungkin Tunda

oleh Ahmad Albab
06/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penganjuran Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di sini minggu depan kini menjadi tanda tanya selepas penganjur memberi amaran mengenai isu keselamatan.

Ia sekali gus menimbukan persoalan dan kemarahan pihak berkuasa Malaysia.

“Persatuan Skuasy Profesional (PSA) boleh mengesahkan bahawa penganjuran Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2015 ketika ini masih belum dipastikan.

“Ia berikutan satu emel cadangan daripada penganjur kejohanan, Hallmark Events Group,” menurut satu kenyataan daripada badan dunia itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan terhadap sebarang risiko keselamatan di negara ini.

Kejohanan itu dijadualkan berlangsung di Bukit Jali dan KLCC dari 11 sehingga 18 Disember ini.

Khalid berkata, tiada risikan yang menunjukkan sebarang ancaman keselamatan di negara ini.

“Kita masih berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan negara,” katanya pada Khamis.

“Bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan sebarang bahaya dan risiko keselamatan.

“Kita berhubung dengan penganjur dahulu dan mengenal pasti apakah yang dimasukkan mereka sebagai risiko keselamatan.

“Semua cawangan polis sudah bersedia untuk melindungi negara dari sebarang ancaman.”

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memandang serius terhadap kejohanan itu mungkin tidak akan diteruskan atas sebab risiko keselamatan.

Beliau turut meminta polis dan kementerian berkaitan untuk bertindak berhubung perkara berkenaan.

Najib berkata, Malaysia sebelum ini menjadi tuan rumah pelbagai acara persembahan, persidangan, pertandingan sukan dan acara-acara lain pada setiap tahun tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Laporan media pada Rabu lalu mendakwa penganjur kejohanan itu telah menulis kepada PSA dengan meluahkan rasa bimbang mengenai keselamatan di Kuala Lumpur selepas Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asean ke-27. – The Star/ mStar Online

Tags: Najib Tun RazakSkuasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd