• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Search Tidak Pernah Abaikan Kebajikan Yazit

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Search tidak pernah mengabaikan kebajikan pemain drum kumpulan itu, Yazit yang uzur akibat penyakit buah pinggang sehingga dia terpaksa menjalani rawatan dialisis sejak beberapa tahun lalu.

Pemain bass Search iaitu Nasir, berkata, tuduhan yang mengatakan Search tidak mempedulikan Yazit disifatkan sebagai tidak adil kerana mereka tidak pernah menghebahkan kebajikan dan sokongan yang dihulurkan kepadanya.

“Adalah tidak mungkin kami berbuat seperti mana didakwa kerana kami adalah orang yang paling dekat dan rapat dengannya.

“Selama ini segala tuduhan dilemparkan oleh sesetengah pihak, kami tidak ambil peduli kerana apa yang kami lakukan untuknya bukan sesuatu untuk dihebahkan seluruh Malaysia.

“Kami sudah berkawan hampir 35 tahun dan tahu apa patut dilakukan terhadap sahabat kami dan dakwaan begitu adalah tidak adil buat kami semua,” katanya kepada mStar Online.

Nasir ditemui selepas sidang media ‘Search Live in Istana Budaya 2014’ di Istana Budaya di sini pada Khamis.

Konsert sulung Search di Panggung Sari itu bakal diadakan selama empat malam bermula 4 hingga 7 Disember depan pada pukul 8 malam.

Ia dianjurkan oleh Urban Creative Synergy (UCS) Sdn Bhd dengan kerjasama Istana Budaya.

Dalam pada itu, Nasir berkata, Yazit adalah antara faktor utama mereka bersetuju untuk mengadakan konsert itu selain ingin mendedikasikan persembahan mereka kepadanya.

Malah kata Nasir, Yazit bakal tampil sebagai pemain drum pada konsert itu namun penampilannya bukan untuk keseluruhan konsert yang berlangsung selama empat malam.

“Bukan tidak yakin dengan kebolehan dia tetapi kita perlu mengambil kira faktor kesihatannya tambahan pula dia tidak boleh terlalu agresif kerana bimbang akan memberi kesan kepadanya nanti.

“Bagaimanapun dia tetap akan bermain drum untuk beberapa seleksi lagu yang kami belum putuskan dan Yazit juga teruja untuk kembali beraksi,” jelasnya.

Tambah Nasir, Search turut merancang untuk mengadakan sebuah segmen khas sebagai menghargai dan menghormati sahabat mereka itu.

Sementara itu, Amy pula berkata, dia mahu konsert itu nanti menjadi sebuah persembahan yang paling diingati peminatnya.

Kata Amy, meskipun belum membuat keputusan lagu bakal disampaikan pada malam itu nanti namun fokus konsert tersebut akan tertumpu kepada muzik dan lagu popular kegemaran peminat.

“Kami masih berbincang lagi tentang kelainan yang bakal dibawa Search namun yang pasti ia akan menjadi kejutan buat peminat,” katanya.

Amy juga bakal menyanyikan lagu Kejoraku Bersatu yang pada asalnya dinyanyikan oleh bekas vokalis Search iaitu Moq buat pertama kali.

Tiket untuk menyaksikan konset berkenaan dijual pada harga RM109, RM209, RM309, RM409 dan RM799 (VIP).

Sebahagian daripada kutipan jualan tiket konsert ini juga akan disalurlan kepada tabung bantuan masyarakat di Gaza.

Peminat boleh mula membuat tempahan tiket bermula 15 Oktober ini di www.ticketpro.com.my.

Selain Amy (vokalis) Nasir (pemain bes), dan Yazit (dram), Search turut dianggotai oleh adik-beradik iaitu Nordin dan Kid masing-masing bermain gitar. – mStar Online

Tags: Amy SearchArtis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd