• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Teroka Potensi Teknologi Dron Dalam Penghantaran Pos

oleh Ahmad Albab
03/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Malaysia sedang meneroka potensi penggunaan pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron dalam sistem penghantaran bagi industri pos dan penghantaran barangan.

Menurut Ketua Digital Ekosistem Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohd. Ali Hanafiah Mohd Yunus, banyak negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Singapura kini sedang melakukan kajian rintis penggunaan UAV dalam sistem pos dan penghantaran mereka.

Berucap pada sesi rangkaian bersama SKMM dan Persatuan Syarikat-syarikat Penghantaran Ekspres Malaysia (AMEC) di sini hari ini, beliau berkata teknologi UAV terkini mempunyai keupayaan membawa beban maksimum sekilogram dengan jarak 10 kilometer.

Berkongsi pengalaman melihat kajian rintis Swiss Post di Switzerland mengenai keupayaan dron dalam penghantaran ketika berhadapan dengan empat musim di negara berkenaan, Mohd. Ali berkata syarikat tersebut yakin bahawa sistem baharu itu dapat dilaksanakan secara komersial pada Julai tahun depan.

Beliau berkata peserta industri tempatan terutama AMEC wajar berbincang mengenai kebolehupayaan negara untuk turut meneroka potensi sistem penghantaran baharu berkenaan.

Baca: Pos Singapura Guna Drone Hantar Surat Ke Pulau Kecil

drone sg

“SKMM, sebagai agensi pengawal selia, sedia untuk membawa agensi berkaitan termasuk Jabatan Penerbangan Awam untuk mengkaji penggunaan dron di negara ini dalam sistem penghantaran,” katanya.

Mohd. Ali dalam pada itu berkata SKMM akan mengetuai perbincangan dalam menggubal garis panduan keselamatan untuk industri pos dan penghantaran tidak lama lagi bagi menangani ancaman pengganas.

Merujuk kepada insiden penemuan serbuk yang mencurigakan dihantar kepada ke pejabat Menteri Kesihatan melalui khidmat Pos Laju pada bulan lepas, beliau berkata ia adalah sesuatu perkara yang perlu dipandang serius.

Polis bagaimanapun mengesahkan serbuk putih yang disyaki berbahaya itu hanyalah merupakan serbuk Vitamin C.

“Buat permulaan garis panduan keselamatan untuk industri pos dan penghantaran yang melibatkan fasiliti kritikal perlu digubal dan SKMM akan mengetuai perbincangan mengenai perkara ini,” kata Mohd Ali.

Katanya perbincangan tersebut akan disertai bersama AMEC dan agensi keselamatan yang lain dan dijangka pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat.

“Dengan kewujudan garis panduan keselamatan kita berharap program keselamatan yang lebih menyeluruh dapat diwujudkan bagi memastikan keselamatan pekerja, pelanggan dan aset pemain industri,” katanya. – BERNAMA

Tags: posSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd