• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Negara Kaji Keberkesanan Hukuman Mati – Nancy

oleh Ahmad Albab
03/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara masih dalam proses meneliti isu undang-undang, dasar dan keberkesanan pelaksanaan hukuman mati di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata skop penelitian tersebut tidak terhad kepada kedudukan hukuman mati mandatori sahaja, sebaliknya merangkumi keseluruhan peruntukan hukuman mati yang dikuatkuasakan di negara ini, dan juga pelaksanaannya.

“Keputusan dasar berhubung dengan pelaksanaan hukuman mati di negara ini akan diputuskan berdasarkan hasil penelitian tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timor).

Su ingin mengetahui sama ada kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula hukuman mati mandatori untuk kes-kes jenayah di Malaysia.

Baru-baru ini, Nancy dilaporkan sebagai berkata cadangan meminda Kanun Keseksaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori melibatkan jenayah serius tidak boleh diselesaikan dengan segera kerana terdapat undang-undang lain yang perlu diteliti.

Nancy berkata pihaknya berharap cadangan pindaan itu dapat dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan. – BERNAMA

Tags: hukuman matiPeguam Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd