• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekod Paling Ramai Basuh Tangan Dalam Satu Masa

oleh Ahmad Albab
03/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seramai 816 peserta menyertai program ‘Hands Wash Relay’ di Hospital Sultanah Aminah di sini hari ini, sekali gus mencatatkan rekod Malaysia Book of Records (MBOR) untuk peserta teramai membasuh tangan dalam satu masa.

Acara yang julung kali diadakan itu adalah sempena sambutan Hari Anestesia 2015 peringkat negeri.

Peserta yang terdiri dari kakitangan HSA dan beberapa agensi lain terlibat dalam acara basuh tangan beramai-ramai sepanjang 800 meter itu, dilihat sebagai simbolik peringatan bahawa mencegah jangkitan bermula dari membasuh tangan.

Sijil MBOR telah disampaikan oleh Pengerusi Besarnya Helilia Juana Hasyim kepada Pengarah HSA Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr Mohd Khairi Yakub.

Terdahulu, Dr Mohd Khairi dalam ucapannya berkata menerusi program ini, diharapkan kesedaran dapat dipupuk dalam kalangan warga kesihatan dan orang awam tentang kepentingan cucian tangan yang boleh mengurangkan transmisi jangkitan di hospital.

Beliau berkata menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dianggarkan lebih kurang 1.4 juta kes jangkitan kuman diperoleh di kawasan hospital dan pusat kesihatan (HAI) yang berjangkit menerusi pelbagai cara.

“Walaupun jangkitan kuman boleh tersebar dengan cara lain, pencucian tangan adalah cara berkos rendah, berkesan serta efektif yang boleh mengurangkan risiko jangkitan HAI sebanyak 25 peratus,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Johorkempen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke PRN Negeri Sembilan?

PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke PRN Negeri Sembilan?

22/07/2026
0

SEREMBAN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mempersoalkan tindakan DAP dan Pakatan Harapan (PH) membawa Hew Kuan Yau atau...

PH Bawa Naratif Sedih Syahdu Dalam PRN Negeri Sembilan?

PH Bawa Naratif Sedih Syahdu Dalam PRN Negeri Sembilan?

17/07/2026
0

SEREMBAN – Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, pendokong Pakatan Harapan (PH) dilihat mula membawa naratif yang lebih menyentuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd