• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Pertahan Keputusannya Gantung Permit The Edge

oleh Ahmad Albab
05/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpegang kepada pendirian bahawa tindakannya menggantung permit akhbar The Edge selama tiga bulan adalah kerana penerbitan itu boleh memudaratkan negara.

Kementerian itu menjelaskan permit akhbar berkenaan digantung kerana hasil penyiarannya mengandungi penerbitan yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan ketenteraman atau kepentingan awam, kepentingan negara serta keselamatan.

“Bagaimanapun, kes ini sedang berjalan dan masih dalam tindakan Mahkamah Rayuan,” kata kementerian melalui jawapan bertulis kepada soalan Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Zainudin ingin mengetahui tindakan yang telah dan akan diambil kerajaan ke atas akhbar dan penerbit Sarawak Report, The Edge dan Wall Street Journal (WSJ) kerana dikatakan menyiar berita yang tidak benar, berniat jahat dan menggunakan sumber tak sah.

Bagaimanapun, tiada jawapan diberikan berhubung tindakan lanjut kerajaan terhadap Sarawak Report dan WSJ.

Pada 24 Julai lepas, KDN mengambil keputusan menggantung dua penerbitan The Edge Communication Sdn Bhd (The Edge) iaitu The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily berkuat kuasa 27 Julai.

Dalam satu kenyataan, KDN berkata, sebab kedua-dua penerbitan itu digantung ialah syarikat berkenaan menggunakan tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan yang boleh menimbulkan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang seterusnya berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.

Selain itu, KDN berkata, laporan penerbitan berkenaan disiarkan bersumberkan maklumat yang diragui kesahihannya yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai dan boleh atau mungkin memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara.

Sebab ketiga, menurut kementerian, pemberitaan yang menimbulkan persepsi negatif terhadap 1MDB tidak wajar kerana syarikat berkenaan sedang disiasat oleh pasukan penyiasat daripada pelbagai agensi.

Pada 23 Sept lepas, KDN telah memfailkan notis rayuan untuk merayu di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur yang membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri berhubung penggantungan sementara kedua-dua penerbitan itu.

Sementara itu, Zainudin turut ingin mengetahui tindakan kerajaan terhadap individu-individu yang disebut dalam pengakuan bekas eksekutif Petrosaudi International, Xavier Andre Justo, yang dikatakan terlibat dengan pembelian maklumat curi berkaitan 1MDB.

Berhubung isu ini, KDN berkata, Polis Diraja Malaysia telah menjalankan siasatan berkaitan Sentul Report 12685/2015 bertarikh 18 Julai 2015 di bawah Seksyen 124(B) dan 124(J) Kanun Keseksaan.

“PDRM tidak berhasrat untuk mendedahkan sebarang maklumat berkaitan perkara ini kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan,” kata kementerian itu. – BERNAMA

Tags: KDNThe Edge
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd