• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Dadah: Polis Tahan 7 Remaja Lelaki Bergaduh

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Polis menahan lapan remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan antara mereka di Jalan Pantai Intan, di sini awal pagi Selasa lepas.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 pagi itu, kira-kira 11 lelaki dari dua kumpulan berkenaan bergaduh di kawasan terbabit.

“Orang awam yang melihat kejadian itu menghubungi polis sebelum sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian dan ketika itu mereka cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran kami,” katanya di sini Khamis.

Katanya lapan daripada mereka berjaya ditahan polis manakala beberapa lagi melarikan diri dan polis turut merampas sebuah kereta milik seorang daripada lelaki berkenaan yang berada di tempat kejadian.

Beliau berkata dua daripada lapan remaja lelaki itu mengalami kecederaan iaitu luka dan bengkak di kaki, lutut dan badan selepas bergaduh dalam kejadian berkenaan.

Jurucakap itu berkata pergaduhan antara dua kumpulan berkenaan tidak menggunakan sebarang senjata dan hanya berlaku tumbuk menumbuk antara mereka.

Katanya siasatan awal dipercayai punca pergaduhan antara dua kumpulan itu berikutan perbalahan mengenai sindiket pengedaran dadah.

Semua mereka berusia 14 hingga 20 tahun itu direman bagi membantu siasatan, katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam ketika dihubungi berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan beberapa lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu giat dijalankan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd