• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ratu Dadah Ini Jenis Tak Pernah Serik, Tak Takut Mati

oleh AK-47
23/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pengedar dadah wanita yang terlepas daripada hukuman mati setelah mendapat pengampunan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 2012, sekali lagi dijatuhi hukuman yang sama.

Meirika Franola atau Ola yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup, dijatuhi hukuman mati sekali lagi oleh mahkamah selepas didapati bersalah menjalankan urusan pengedaran dadah dari dalam penjara.

Menurut seorang pegawai mahkamah, hukuman mati terhadap Ola atau lebih dikenali sebagai Ratu Dadah oleh media Indonesia diputuskan oleh tiga hakim iaitu Salman Luthan, Margono, dan Sumardiyatmo pada 30 November lalu.

Terdahulu, Ola pernah dikaitkan dengan penahanan seorang keldai dadah wanita di lapangan terbang di Bandung.

Menurut laporan media Indonesia, keldai dadah yang dikenali sebagai Nur Aisyah itu ditahan bersama 775 gram dadah jenis syabu ketika tiba dari Kuala Lumpur.

Berdasarkan laporan siasatan, Ola telah mengupah Nur Aisyah untuk membawa dadah itu dari India ke Indonesia.

Nama Ola semakin dikenali dalam jenayah dadah apabila dia bersama suaminya, Mouza Sulaiman Domala yang merupakan warga Afrika mengetuai satu sindiket pengedaran dadah bersama dua lagi sepupunya, Rani dan Deni.

Bagaimanapun, pasangan itu dan Deni ditangkap polis di lapangan terbang Jakarta pada Januari 2000 selepas cuba menyeludup 3.5 kilogram heroin dan tiga kilogram kokain ke London, Britain.

Mahkamah Indonesia kemudian menjatuhkan hukuman mati kepada ketiga-tiga tertuduh pada tahun 2012 selepas didapati bersalah.

Namun, Ola dan Deni mendapat pengampunan daripada Susilo yang menjadi Presiden ketika itu dan hukuman mereka ditukar kepada penjara seumur hidup.

– MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=YHLpW7-rJm8]

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd