• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waris Kecil Hati Paparan Tak Benar Mengenai Watak AR Tompel

oleh AK-47
11/10/2014
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Isteri serta waris Allahyarham AR Tompel merasa kecil hati dengan paparan imej serta gambaran watak yang tidak benar mengenai pelakon itu seperti mana yang diterjemahkan pembikin filem Biopik Saloma yang ditayangkan di stesen tv berbayar, Astro.

mak mah

Menurut balu Allahyarham yang juga pelakon veteran, Ruminah Sidek mengatakan perasaan kecil hatinya, ahli keluarga dan waris Tompel terhadap watak Allahyarham yang digambarkan sebanyak 90 peratus adalah tidak benar mengenai karakter yang dilakonkan oleh pelakon Azhan Rani itu.

“Buat wayang tak semestinya betul, harus sedikit berhati-hati buat pengarahan kerana anak-anak serta waris ada sedikit berkecil hati dengan filem (Biopik Saloma),” katanya ketika ditemui Mynewshub semasa sesi sidang media yang dianjurkan waris AR Tompel yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, hari ini.

amran

Selain itu, anak ketiga Allahyarham, pelakon Amran Tompel pula berkata perkara ini memberi kesan mendalam terhadap mereka sekeluarga apabila dia pernah berhadapan dengan situasi di mana orang ramai di luar sana mula memberi tanggapan negatif terhadap arwah bapanya selepas menonton filem tersebut, baru-baru ini.

“Saya rasa sedih watak bapa saya dibuat macam tu, seolah-olah AR Tompel guna ilmu nak dapatkan Saloma,” katanya.

badul

Sementara itu, pelakon AR Badul selaku anak sulung Tompel pula menafikan bapanya mempunyai persamaan karakter seperti mana dalam filem itu digambarkan.

“Dia bukan begitu orangnya, hisap rokok tak berhenti-henti, terkinja-kinja (seperti yang dipaparkan dalam filem tersebut), kenapa diburuk-burukkan peranan bapa saya,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah peguam yang mewakili waris Tompel iaitu Khairul Azam Abdul Aziz yang menjelaskan tiga tuntutan dalam notis yang dikemukakan kepada stesen tv berbayar Astro yang bertanggungjawab menyiarkan filem terbabit bermula 28 Ogos lalu.

Notis tuntutan tersebut menuntut Astro segera menghentikan penayangan Biopik Saloma di saluran Astro First selain menuntut Astro membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ahli keluarga dan waris Allahyarham.

Filem Biopik Saloma mempunyai dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh yang ditayangkan di saluran Astro First 489 dan 490 sejak penghujung Ogos.

Filem biografi Biduanita Negara itu dibarisi pelakon hebat seperti Nabila Huda yang membawa watak Saloma, Sazzy Falak (Mariani), Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee) dan Azhan Rani sebagai AR Tompel.

Biopik Saloma diarahkan Melissa Saila manakala Megat Fauzi merupakan penulis skripnya.

AR

ARR

Difahamkan, pembikinan filem berdasarkan kisah benar hidup Saloma ini hanya berdasarkan kepada satu sumber sahaja iaitu seniwati Mariani yang merupakan kakak kandung Saloma.

Waris Tompel mendakwa sebanyak 29 babak dalam filem tersebut adalah berunsurkan tohmahan, prejudis dan berat sebelah yang mana tidak langsung mengambarkan keperibadian sebenar Allahyarham.

Walau bagaimanapun, AR Badul menyatakan mereka sekeluarga tidak mahu membawa perkara ini sehingga timbulnya saman menyaman tetapi mereka menyatakan kesanggupan untuk berjuang mengenai isu ini sekiranya perlu menggunakan mahkamah untuk menyelesaikannya. – MYNEWSHUB

Oleh: JULIANA JOHAR

Foto/Video: RIZA RAZAK

Tags: myArtispelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd