• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waris AR Tompel Tuntut Astro Henti Tayang Filem Biopik Saloma

oleh AK-47
11/10/2014
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Waris kepada pelakon Allahyarham AR Tompel telah membuat tiga tuntutan dalam notis peguam yang dihantar kepada penyiar filem Biopik Saloma iaitu Astro di atas dakwaan pihak mereka telah mengeksploitasi watak Allahyarham.

Peguam yang dilantik mewakili waris-waris AR Tompel, Khairul Azam Abdul Aziz menyatakan tiga tuntutan tersebut iaitu untuk menghentikan segera penayangan filem Biopik Saloma di saluran Astro First 489 dan 490, menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada waris-waris dan menawarkan proses rundingan secara tertutup berhubung isu ini.

“Pihak kami telah mengeluarkan notis pada 26 September lalu kepada Astro kerana tak ada kebenaran yang diminta daripada keluarga Allahyarham oleh Astro.

“Astro telah membalas surat notis pada 8 Oktober (semalam), ” katanya yang enggan mendedahkan kandungan balas tersebut kepada pihak media semasa sesi sidang media yang dianjurkan oleh keluarga dan waris AR Tompel di Perbadanan Kemajuan Nasional Filem Malaysia (Finas).

Kira-kira 30 waris seniman itu hadir pada sidang media tersebut termasuklah AR Badul, Amran Tompel serta dua isteri seniman itu, Ruminah Sidek dan Zaiton Ismail.

AR1

Sementara itu, keluarga AR Tompel yang diwakili pelakon dan pengarah Adlin Aman Ramlie mengatakan sebanyak 90 peratus daripada watak bapanya dalam filem biopik itu adalah tidak benar terutama sekali bagaimana wataknya digambarkan oleh pengarah serta penulis skrip filem terbabit.

“Mereka (pengarah dan penulis skrip) membina kemungkinan sendiri (terhadap watak AR Tompel) yang sangat bias dan tidak bertanggungjawab. ‘Potrayal’ terhadap watak tersebut seakan berniat mencalar imej AR Tompel.

“Memang benar, ayah saya berkahwin dengan Saloma dan memiliki seorang anak serta beberapa fakta lain dalam telefilem tersebut betul.

“Ini membuatkan seolah-olah Tompel itu menjadi punca Saloma menderita. Lebih-lebih lagi menerusi satu babak yang menunjukkan Saloma terpaksa keluar rumah dengan keadaan sarat mengandung kerana Tompel tidak membayar sewa rumah, menunjukkan Allahyarham langsung tidak bertanggungjawab,” katanya.

Biopik Saloma dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian 1: Mencuri Guruh dan Bahagian 2: Pandang Kaseh yang disiarkan menerusi Astro First bermula 28 Ogos lalu.

Pengarah filem tersebut ialah Melissa Saila dan penulis skripnya, Megat Fauzi.

ARR

Difahamkan pembikinan filem biografi Biduanita Saloma ini bersandarkan kepada sumber tunggal sahaja iaitu kakak kandung Saloma, Mariani yang juga merupakan ibu kepada Melissa Saila.

Watak Tompel dilakonkan oleh Azhan Rani, Nabila Huda (Saloma), Sazzy Falak (Mariani) dan Tony Eusoff (Tan Sri P Ramlee).

Menurut Adlin lagi sebanyak 29 babak yang dipaparkan dalam filem itu lebih berunsur tohmahan kepada Allahyarham bapanya termasuk babak Tompel menghembus asap rokok pada Saloma yang diterjemahkan seperti Saloma ‘diguna-guna’ oleh Tompel selain Tompel ditampilkan sebagai penyebab kepada penderitaan hidup yang dialami oleh Saloma. – MYNEWSHUB


Oleh: JULIANA JOHAR

Foto/Video: RIZA RAZAK

Tags: myArtispelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd