• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Ekor Buaya Terlepas Dari Zoo Akibat Banjir

oleh Ahmad Albab
04/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Lapan belas ekor buaya terlepas dari kandang apabila sebuah zoo di Permatang Siantar, Sumatera Utara dilanda banjir akibat hujan lebat yang turun seharian.

Dalam kejadian 9 malam tadi itu kesemua buaya terbabit “bebas” keluar dari kandang apabila air yang naik setinggi tiga meter di Taman Haiwan Permatang Siantar (THPS) itu melepasi pagar kandang.

Media-media dalam talian memetik Pengurus Besar THPS, Nandang Suaida sebagai berkata hujan lebat mengakibatkan seluruh kawasan zoo itu ditenggelami air sehingga hanya ternampak bahagian atas bangunan sahaja.

Katanya, para petugas zoo ternampak buaya-buaya itu berenang mencari tempat perlindungan dan segera menangkap beberapa ekor haiwan terbabit.

Beliau berkata, pihaknya juga meminta bantuan polis untuk mencari dan menemui semula kesemua 18 ekor buaya itu termasuk lapan ekor yang berada di rumah orang awam dan juga di luar kawasan zoo.

“Alhamdulillah sudah tertangkap semuanya kira-kira pukul 11.48 tengah malam tadi,” katanya seperti yang dipetik oleh agensi berita Antara di sini hari ini.

Nandang berkata keadaan banjir surut pagi tadi dan pihaknya sedang menyemak data jumlah binatang dalam zoo berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]7EhI1SJC3gg[/wpdevart_youtube]

Tags: BanjirBuaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd