• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Tapah: Isteri, Anak OKU Suspek Dibebaskan

oleh Ahmad Albab
04/12/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Isteri dan anak kepada mekanik yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang di sini, dibebaskan tanpa syarat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Goh Kok Liang berkata wanita berumur 54 tahun dan anaknya berumur 17 tahun dibebaskan hari ini setelah siasatan yang dilakukan sehingga kini mendapati mereka tiada kaitan dengan kes pembunuhan kejam itu.

“Selepas kami merujuk kertas siasatan kepada Ketua Unit Pendakwaan, kami dinasihatkan untuk membebaskan isteri dan anak kurang upaya suspek utama kerana tiada bukti mencukupi terhadap mereka.

Pihak polis masih memerlukan siasatan lanjut ke atas suspek utama dan anak lelaki sulungnya. Maka kami akan memohon lanjutan tahanan reman mereka,” kata beliau.

Sekiranya terdapat bukti baharu kes pembunuhan yang berkaitan dengan wanita itu dan anaknya, polis akan memanggil mereka untuk membantu siasatan, katanya.

Beliau turut berkata keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga mangsa telah diperoleh pada Isnin lepas dan polis sedang menjalankan siasatan, katanya.

Goh berkata hak penjagaan anak perempuan suspek utama, masing-masing berumur 11 tahun dan 23 tahun yang sebelum ini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat hari, diserahkan kepada ibu mereka hari ini.

“Oleh kerana ibu telah dibebaskan, anak perempuannya diserahkan semula kepada ibu mereka dan tidak perlu berada di bawah jagaan rumah kebajikan itu lagi,” katanya.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Tapah hari ini melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari terhadap suspek utama berumur 57 tahun dan anaknya berumur 20 tahun dalam kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang, di sini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nurul Nadia Abdul Razak yang bermula hari ini dan berakhir 8 Dis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 26 Okt lepas, polis menahan keempat-empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada pukul 1.30 tengah hari, susulan laporan kehilangan mangsa lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25
Ogos lepas. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]eUb-88dKscM[/wpdevart_youtube]

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd