• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan, Air Pasang Besar Punca Banjir Di Bahagian Sibu

oleh Ahmad Albab
02/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Hujan lebat pada sebelah pagi dan air pasang besar menyebabkan beberapa tempat di Bahagian Sibu mengalami banjir, dengan stesen hidrologi di Sungai Salim, mencatat paras berjaga-jaga 2.6 meter pada 4 petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu, Hii Chang Kee berkata jalan SK Nanga Bon di 1.5km di Kemuyang di sini, tidak boleh dilalui kenderaan apabila dinaiki air setinggi 0.60 meter.

Jalan Kong Yit Khim (Jalan Salim-Stabau) yang ditenggelami air 0.45 meter tidak boleh dilalui kenderaan ringan sepanjang satu kilometer, manakala lebih kurang 30 rumah di kawasan itu turut terjejas, katanya dalam kenyataan di sini.

Di kawasan bandar, ketinggian paras air di Jalan Ling Kai Cheng, Jalan Apollo, kawasan Lanang Bawah dan Belian Lanes ialah kira-kira 0.304 meter.

Hujan lebat juga mengakibatkan banjir kilat di Kampung Bahagia Teku, Kampung Usaha Jaya Sentosa dan Kampung Jeriah di sini.

Hii berkata Majlis Perbandaran Sibu dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu telah diminta meletakkan papan tanda di sepanjang jalan dan persimpangan yang dinaiki air untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya.

Sementara itu, di Selangau, jalan ke Rumah Nuyah, Rumah Ina, Rumah Ansa, Rumah Nicholas Pang, Rumah Alice, Rumah Lesia, Rumah Dato, Rumah Jimbun, Rumah Luly, Rumah Leo Lanting, Rumah Lawrence Meliyu, Rumah Itom, Rumah Jana, Rumah Engkut, Rumah Jentau, Rumah Dagang, Rumah Surang, Rumah Maling, Rumah Patom dan Rumah Nyabong juga tidak boleh dilalui akibat banjir.

Setakat 4 petang, empat rumah panjang di sekitar Pekan Stapang dinaiki air setinggi 0.304 meter. Rumah panjang berkenaan ialah Rumah Harrison, Rumah Mambang, Rumah Aping dan Rumah Unggang. Jalan ke Rumah Minggu di Hulu Oya juga tidak boleh dilalui kenderaan.

Tiada mangsa dipindahkan setakat ini walaupun dua pusat pemindahan – SK Batu 36 Tamin dan Mary Mother of the Eucharist Chapel di Tamin, dibuka untuk menempatkan mangsa.

Hii yang juga Residen Sibu, berkata Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Infantri Sembilan Briged dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuat pemantauan sepanjang masa serta memindahkan mangsa jika keadaan semakin buruk. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd