• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Jalan Kajian Urusan Persempadanan Semula Parlimen & Dun

oleh Ahmad Albab
01/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang melaksanakan kerja-kerja pentadbiran sebagai persiapan awal untuk memulakan kajian urusan persempadanan semula bahagian-bahagian Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk di Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerja-kerja tersebut membabitkan pengumpulan maklumat pembangunan, pertambahan penduduk dan bilangan pengundi semasa.

“(Kerja-kerja itu) seterusnya menyediakan draf laporan awal urusan persempadanan sebelum cadangan persempadanan SPR dimaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri berdasarkan peruntukan Seksyen 4 Bahagian II Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Azalina berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Mohd Hatta Md Ramli (Amanah-Kuala Krai) yang ingin tahu setakat manakah persediaan yang dilakukan SPR bagi proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Menyentuh mengenai negeri Sarawak, Azalina memaklumkan bahawa kajian telah selesai dilaksanakan apabila laporan akhir diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Ogos lepas.

“Tarikh tersebut juga diwartakan sebagai tamatnya tempoh urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sarawak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azalina OthmanSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd