• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Wujud Program ‘i-COL@Johor’ Untuk Tangani Kos Hidup Rakyat

oleh Ahmad Albab
30/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NUSAJAYA – Kerajaan negeri Johor mewujudkan program Inisiatif Kos Sara Hidup Johor ‘i-COL@Johor’ bagi memperkasa usaha menangani kos sara hidup dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata inisiatif itu merangkumi beberapa program termasuk Festival Trak Johor yang diadakan baru-baru ini serta Selera Rakyat Johor yang sedang dalam proses kajian akhir untuk dilaksanakan.

“Festival Trak Johor yang diadakan di Pasir Gudang adalah berkonsep perniagaan jualan terus dari kilang atau pengeluar, pasar raya besar dan perniagaan pasar minggu.

“Jualan terus dari kilang membolehkan barangan dijual pada harga yang lebih rendah kerana pengurangan orang tengah,” katanya semasa menggulung perbahasan Bajet Johor 2016 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Beliau berkata festival itu dijangka dianjurkan sekali lagi tahun depan berikutan sambutan menggalakkan dengan penyertaan 60 trak barangan yang menawarkan potongan harga sehingga 40 peratus.

Tee berkata pihaknya juga akan menganjurkan ‘Kembara Pengguna Johor’ tahun depan bertujuan mendedahkan isu dan hak pengguna kepada rakyat di negeri ini.

Beliau berkata isu serta hak pengguna antara lain merangkumi kesihatan dan gaya hidup; keselamatan makanan dan produk; aktiviti gores dan menang; dan tuntutan tribunal.

Katanya program kerjasama strategik antara badan bukan kerajaan dengan pihak industri itu diharap dapat memberi pemahaman kepada semua pengguna di Johor.

Mengenai penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Tee berkata 205,271 pemeriksaan dilakukan ke atas premis perniagaan di negeri itu sehingga Jumaat lepas untuk memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

“Seramai 238 pegawai pemantau dan penguat kuasa ditugas melakukan pemeriksaan. Daripada jumlah itu, sebanyak 248 kes disabitkan kesalahan dengan nilai rampasan barangan berjumlah RM54,138 manakala kompaun sebanyak RM32,220,” katanya. – BERNAMA

Tags: GajiJohor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Terima Sembah Laporan Lima Pembinaan Masjid Baharu di Johor

Sultan Ibrahim Terima Sembah Laporan Lima Pembinaan Masjid Baharu di Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima persembahan laporan pembinaan masjid-masjid baharu di Johor. Laman Facebook Sultan...

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd