• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Kantoi Jual Handphone Secondhand Harga ‘Ori’

oleh AK-47
29/11/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG jurujual telefon bimbit di Kompleks Pertama kantoi cuba menipu apabila dirakam menjual telefon bimbit yang tidak original pada harga tak selayaknya.

Video kejadian yang dirakam oleh mangsa itu kini giat dikongsikan di media sosial.

Mangsa dalam rakaman tersebut mendakwa, dia telah ditipu oleh jurujual yang mengatakan telefon iPhone yang dijual kepadanya adalah baharu dan belum pernah digunakan.

Atas sebab itu, mangsa bersetuju membeli telefon jenama Apple berkenaan pada harga RM2,700.

Namun apabila pulang ke rumah, mangsa mendapati iPhone yang baru dibelinya itu telah digunakan selama 6 bulan berdasarkan pemeriksaan pada nombor waranti di laman Apple.

Berang ditipu oleh jurujual terbabit, mangsa kembali ke premis tersebut dan meminta wangnya dipulangkan.

Jurujual itu dikatakan terkejut dengan kedatangan semula mangsa lalu berpura-pura memeriksa iPhone yang telah dijualnya, konon untuk mengesahkan dakwaan mangsa.

Selepas beberapa minit, jurujual tersebut cuba berunding dengan mangsa agar masalah dapat diselesaikan tanpa perlu memulangkan wang RM2,700 milik mangsa.

“Semalam you cakap ini iPhone baru punya dan you jual sama saya RM2,700. Berapa kali sudah saya tanya sama you, ini handphone baru ke, AP set ke, atau secondhand? Sekarang ni kenapa you sudah tipu sama saya? You tengok waranti dia sudah berapa lama? You tak payah tipu sama saya la!” kata mangsa.

Bagaimanapun, mangsa enggan menerima sebarang tawaran jurujual terbabit dan mendesak wangnya dikembalikan.

‘Low Yat 2’ Himpun Peniaga Gajet Melayu, Dibuka Awal Disember

Mungkin mengetahui dirinya dirakam dan bimbang jika kejadian ‘Low Yat’ berulang, jurujual itu akhirnya akur dan memulangkan wang mangsa.

Difahamkan, orang awam sering juga membuat aduan berkenaan kes penipuan yang dilakukan oleh peniaga di kompleks terbabit.

Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila membeli sebarang jenama telefon bimbit di kiosk-kiosk telefon bimbit di pusat beli belah. Sebaik-baiknya, belilah di premis penjual yang berdaftar meskipun harganya agak mahal sedikit.

– MYNEWSHUB.Cc

Tags: kes tiputelefon bimbit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KK Di Batu Pahat Diperiksa

Pura-pura Beli Barang Sebelum Larikan Telefon Bimbit Pekerja Kedai Runcit

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Pura-pura mahu membeli barang menjadi taktik seorang lelaki sebelum melarikan telefon bimbit milik pekerja sebuah kedai runcit...

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

03/09/2022
0

KUALA LUMPUR : Polis selesai merakam keterangan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang didakwa memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd