• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Tuduh PKR Diperkudakan PAS!

oleh Ahmad Albab
29/11/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa PAS memperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menghalang PAN daripada bertanding dalam mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abd. Samad berkata, perbuatan itu merupakan sikap parokial, tertutup dan anti-demokratik PAS selama ini yang menyebabkan PAN terpaksa ditubuhkan sebagai sebuah parti Islam baharu.

“PAN ingin menyatakan bantahannya terhadap usaha PAS untuk memperkudakan PKR dengan meminta supaya PKR menghalang PAN daripada bertanding.

“PAS perlu difahamkan semua pihak termasuk PAN berhak bertanding di mana sahaja ia ingin bertanding. Kebersamaan PAN dengan Pakatan Harapan bukan kerana tidak mampu bersendirian tetapi atas kesedaran tanggungjawab,” tegasnya dalam dalam satu kenyataan media hari ini.

Khalid turut mengingatkan PKR bahawa Pakatan Harapan adalah gabungan parti-parti politik pembangkang yang komited kepada usaha menjatuhkan UMNO maka tiada parti dianggap dominan dalam Pakatan Harapan.

Katanya, Pakatan Harapan terutama PKR perlu juga memperingati pengalaman sewaktu PRU13 kerana ada parti pembangkang iaitu PAS yang mengkhianati perjanjian satu lawan satu dengan UMNO.

Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sebelum ini menegaskan PKR akan tetap mengadakan kerjasama dengan PAS walaupun dibantah PAN dan DAP.

Ia berikutan kebimbangan PKR akan kehilangan sokongan ahli dan penyokong PAS seperti yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 4 tahun ini.

PAS bagaimanapun memberi syarat kepada PKR jika mahu terus menjalin kerjasama dengan parti itu dengan memastikan PAN dan DAP tidak bertanding dikerusi yang pernah ditandingi PAS.

PAN dan DAP pula menegaskan akan bertanding disemua kerusi yang dimenangi PAS dalam PRU13 terutama di Selangor kerana mendakwa PAS bukan parti gabungan Pakatan Harapan. – mynewshub.cc

Tags: PANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd