• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAPSY Kecam Azmin Perlekeh Pendirian DAP!

oleh Ahmad Albab
28/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda DAP (DAPSY) menyelar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali kerana memperlekehkan pendirian pemimpin DAP berhubung status kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAPSY, Chiong Yoke Kong berkata, Mohamed Azmin tidak sepatutnya mendakwa kenyataan pemimpin DAP, Teo Kok Seong menuntut kerajaan Selangor mengiktiraf Pakatan Harapan bukan pendirian DAP sebaliknya cuma pendirian peribadi.

“DAPSY menegaskan kenyataan yang dibuat oleh mantan Ketua DAPSY itu mendesak supaya Pakatan Harapan diiktiraf secara rasmi dalam kerajaan Selangor merupakan pendirian DAPSY Kebangsaan.

“Kenyataan Kok Seong diambil kira sebagai pandangan peribadi oleh Timbalan Presiden PKR di sidang media selepas merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita semalam adalah tidak tepat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor sebelum ini menegaskan bahawa Pakatan Harapan tidak diiktiraf sebagai gabungan politik yang mentadbir kerajaan Selangor walaupun PKR salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Yoke Kong berkata, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor sepatutnya mengambil usaha supaya kerajaan Pakatan Harapan diiktiraf di Selangor bagi menunjukkan komitment PKR terhadap Pakatan Harapan di seluruh negara.

Justeru, katanya, DAPSY berasa kesal dengan keputusan Majlis Tertinggi PKR tidak mengiktiraf Pakatan Harapan secara rasmi dalam kerajaan Selangor menyebabkan wakil PAS masih kekal dalam kerajaan negeri itu.

Beliau memberi peringatan kepada PKR supaya meneliti suasana politik semasa dengan lebih terperinci dan mendalam bahawa PAS yang telah mengingkari perjanjian Pakatan Rakyat dan kini kehilangan kredibiliti serta kepercayaan rakyat.

“DAPSY setuju pandangan Timbalan Presiden PKR bahawa perjuangan politik adalah marathon, tetapi DAPSY juga sentiasa mengingati ajaran bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh bahawa “tidak ada kawan dan musuh yang kekal dalam dunia politik, hanya prinsip yang kekal,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]NwFf5CPuyuU[/wpdevart_youtube]

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd