• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Akan Jejaskan UMNO Dalam Pilihan Raya Umum

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Percubaan untuk menjatuhkan presiden UMNO menerusi dakwaan yang sengaja direka-reka akan menjejaskan keseluruhan parti selain mengakibatkan UMNO berdepan risiko kalah dalam pilihan raya umum, kata seorang pemimpin UMNO Sabah hari ini.

Ketua UMNO bahagian Kota Belud yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ini sudah tentu tidak selari dengan tradisi parti.

“Jika kita ingin bercakap tentang mengekalkan tradisi parti dan tidak menjauhkan diri daripada tradisi parti, maka kita perlu melihatnya secara keseluruhan dan tidak mengambilnya sedikit demi sedikit mengikut apa yang sesuai dengan kita,” katanya dalam blog http://sskeruak.blogspot.my/#!/tcmbck hari ini.

Salleh berkata satu daripada tradisi parti yang dilanggari adalah mendakwa presiden konon mencuri RM42 bilion sedangkan ia bukanlah begitu.

Sementara itu, beliau berkata perasmian persidangan tiga sayap pada Perhimpunan Agung UMNO oleh timbalan presiden parti merupakan satu tradisi dan hanyalah keistimewaan yang diberi kepada beliau.

“Ia bukan satu hak. Dan ketika hak tidak boleh diambil daripada sesiapa, keistimewaan pula perlu diperoleh. Dan keistimewaan boleh hilang jika disalahgunakan. Itu sebenar caranya,” katanya.

Majlis Tertinggi UMNO dalam mesyuaratnya Selasa lepas memutuskan bahawa persidangan tiga sayap UMNO – Wanita, Pemuda dan Puteri – akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing susulan cadangan daripada sayap terbabit. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]CzWlLdZhecU[/wpdevart_youtube]

Tags: Salleh KeruakUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan UMNO membantu bekas Perdana Menteri,...

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd