• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengharaman Vape Perlu Diiringi Pengharaman Penjualan

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan disaran supaya mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) dan shisha stick agar sejajar dengan keputusan bahawa hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram.

Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkara selaras dengan keputusan pengharaman itu, kerajaan juga perlu mengambil kira perkara yang menyumbang kepada aktiviti berkenaan.

“Dalam Islam diharamkan arak bukan untuk minum saja, penjualan, pelesenan, penyediaan, semua diharamkan apabila kita menyumbang,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 Nov lalu memutuskan hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram kerana akan menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.

Syeikh Muhamad menjelaskan keputusan itu diambil setelah dibincangkan dengan teliti dan diberi penerangan khusus daripada pihak farmasi, serta berpandu ayat al-Quran.

“Ia hanya mendatangkan kemudaratan khusus kepada generasi yang akan kendalikan urusan pentadbiran negara pada masa akan datang, bukan sahaja orang Islam tapi semuanya,” katanya.

Vape dikatakan berbahaya kerana mengandungi sejenis nikotin yang bervariasi iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol dan gliserin, yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine sejenis larutan yang boleh menyebabkan kanser.

Sementara itu Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Mohammad Nazer Mustafa yang turut menyokong sepenuhnya keputusan pengharaman berkenaan berkata penggunaan vape atau sisha stick dilihat sebagai taktik baharu mengambil dadah.

Berbanding penggunaan suntikan jarum sebelum ini, pengguna boleh memasukkan bahan-bahan terlarang ke dalam perisa-perisa Vape sedia ada seperti ganja, syabu serta nikotin, katanya.

Jelasnya perkara tersebut sukar dikawal dan bakal menjadi fenomena membimbangkan apabila pelajar sekolah dilihat antara mereka yang banyak menggunakan vape atau shisha stick.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah Datuk Yusof Ismail turut meminta kerajaan bertindak tegas mengharamkan penjualan dan pengedaran vape di seluruh negara bagi mengelakkan kekeliruan kepada peniaga dan pengguna.

“Kalau misalnya Kedah haramkan, tapi bila orang Kedah ini nak pergi ke negeri yang tidak mengharamkannya, maka adakah dia boleh menggunakannya,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]K53c0rtJCe4[/wpdevart_youtube]

Tags: vape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd