AKTOR Tom Cruise dipercayai tidak menjenguk anak perempuannya, Suri selama 800 hari dan cuba menjarakkan diri daripada bekas isterinya, Katie Holmes.
Menurut laporan National Enquirer, pelakon Top Gun itu juga tidak berminat untuk menjadi sebahagian daripada Suri.
“Dia tidak berminat untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian Suri.
“Katie melakukan yang terbaik sebagai seorang ibu tetapi dia tidak dapat menggantikan Tom sebagai bapa,’’ kata laporan terbabit.
Keadaan itu dikatakan berlaku akibat penglibatan Tom dalam agama kontroversi, Scientology.
Ketika Tom masih bersama dengan Katie, dia sering bergambar dengan Suri, namun kini tidak lagi. Laporan itu menyebut anggota gereja Scientology mahu Tom menjarakkan diri dari Katie kerana dikatakan membawa unsur negatif.
Malah ketika Tom berada di New York tahun lepas untuk mempromosikan filem Mission Impossible – Rogue Nation, dia juga gagal bertemu dengan Suri meskipun jarak antara mereka adalah dekat.
“Pelakon itu hanya beberapa blok dari Suri tetapi dia tidak menghabiskan masa bertemu dengan anaknya,’’ kata laporan itu.
Katie meninggalkan gereja berkenaan pada 2012 kerana mahu melindungi anaknya daripada agama terbabit. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]PDa7n_CkakA[/wpdevart_youtube]