• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kelantan Tahan 4 Lelaki, Rampas 2 Pistol

oleh Ahmad Albab
26/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan menahan empat lelaki dan merampas dua pucuk pistol dalam dua serbuan berasingan di Gua Musang dan Pasir Puteh, Jumaat lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam serbuan pertama pada 3.30 petang, tiga lelaki masing-masing berusia 22, 26 dan 29 tahun ditahan berikutan penemuan sepucuk pistol dalam sebuah kereta di Felda Ciku 6, Gua Musang.

Katanya pistol tertera tulisan Colt Super .38 Auto berserta satu kelopak peluru itu dijumpai di bawah tempat duduk pemandu sebuah kereta milik suspek.

“Polis turut menemui dua butir peluru di bahagian poket pintu sebelah pemandu kereta itu selain satu sarung pistol dalam bonet kereta berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata ketiga-tiga suspek itu direman empat hari bermula 21 untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

“Kita percaya ketiga-tiga suspek mempunyai kaitan dengan rangkaian pengedaran dadah di kawasan Pasir Mas dan Gua Musang dan memperoleh senjata dari negara jiran,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan dalam serbuan kedua di Kampung Kulim, Pasir Puteh.

“Ketika serbuan pada 4 petang, suspek sedang tidur. Suspek bertindak agresif selepas menyedari kehadiran kami dan berlaku pergelutan sebelum suspek berjaya ditangkap,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui sepucuk pistol jenis Beretta berserta satu kelopak berisi 16 butir peluru yang disembunyikan di bawah bantal.

Mazlan berkata suspek positif dadah dan mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk kes ugutan terhadap bekas isterinya.

Suspek ditahan reman seminggu bermula 21 Nov lepas untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]W_-dqKwg87Y[/wpdevart_youtube]

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd