• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Bentang Laporan Tentang 1MDB Di Parlimen Mac Depan

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan membentangkan Laporan Pengurusan Kawalan Tadbir Urus Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen selewat-lewatnya Mac tahun depan.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata jawatankuasa itu telah mendengar keterangan daripada bekas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan akan memanggil beberapa orang lagi termasuk Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda untuk memberi keterangan.

“Siasatan terhadap 1MDB perlu menyeluruh dengan memanggil semua saksi bagi memastikan laporan jawatankuasa adalah telus, menyeluruh serta adil,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau
mempengerusikan mesyuarat PAC berhubung prosiding keempat Pengurusan Kawalan Tadbir Urus 1MDB di Parlimen di sini.

Hari ini, PAC mendengar keterangan Shahrol Azral mengenai kawalan tadbir urus 1MDB bermula daripada Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) 2009 sehingga kepada penubuhan 1MDB secara rasmi pada September 2009.

“PAC juga mendengar keterangan Shahrol Azral berhubung penubuhan syarikat usahasama 1MDB-Petrosaudi,” katanya.

Bagaimanapun, katanya Shahrol Azral perlu memberi keterangan semula di hadapan PAC pada Isnin depan berikutan ada beberapa maklumat yang harus dimaklumkan semula.

“Ini perlu dilakukan sebelum PAC memanggil Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda untuk memberi keterangan pada Selasa depan,” kata Hasan.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Datuk Dr Mohd Isa Mohd Hussain yang mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar dan Ketua Perundangan 1MDB Ivan Chen.

PAC juga akan memanggil bekas CEO 1MDB dari April 2013 hingga Disember 2014, Hazeem Abdul Rahman pada 14 Dis depan; bekas Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh serta bekas Ahli Lembaga Pengarah 1MDB Tan Sri Azlan Zainol pada 15 Dis dan Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat itu Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Prosiding pertama membabitkan syarikat itu telah diadakan pada 19 Mei lepas manakala prosiding kedua pada 10 Jun dan ketiga pada 17 Jun lepas. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Clw7cX9MzuY[/wpdevart_youtube]

Tags: 1MDBPAC
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd