• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedai Baiki Telefon PENIPU, Tukar Barang Tak Ori HP Pelanggan

oleh AK-47
25/11/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKAN tak biasa kita dengar atau baca mengenai penipuan melibatkan urusan jual beli atau membaiki telefon bimbit.

Walaupun pihak berkuasa telah mengadakan pemeriksaan dan rondaan, masalah ini nampaknya seperti terus membelenggu pengguna.

Si penjual pula, makin lama makin bijak menggunakan pelbagai helah dalam memperdayakan para pelanggan sehinggakan mereka tidak sedar telah ditipu ‘hidup-hidup’.

Terbaharu, kami menerima aduan daripada seorang netizen yang mendakwa telah ditipu oleh sebuah kedai membaiki telefon di sebuah pusat beli-belah.

Menurut Mohd. Shazni Mohd. Ariff, pada mulanya, dia pergi ke kedai itu untuk membeli bateri baharu untuk telefon bimbit jenis Iphone 4 miliknya.

04f75823-55e5-40da-9dcf-02443b458eb8 e23ba005-108c-4d94-adc0-6140077c9cd8e9f3243d-3920-44c9-bdfd-3e7a9fd7344b

“Pada 13 November lalu, saya datang ke Mines Shopping Mall untuk repair iPhone 4 saya kerana tidak boleh charge atau charge tidak masuk.

“Saya nak beli bateri baru tapi bila lelaki Cina tu check Iphone 4 saya, die cakap bateri saya ok. Tapi yang rosak adalah tempat charger. Saya tukar dengan harga RM70.

“Tapi, masih lagi tak boleh charge, makanya memang bateri yang rosak. Tukar bateri baru dengan harga RM60,” ujarnya.

Bagaimanapun, selepas pulang, Mohd. Shazni mendapati mikrofonnya pula tidak berfungsi. Walhal, sebelum ini ia masih elok dan boleh berfungsi dengan baik.

Hal itu membuatkan Mohd. Shazni kembali semula ke kedai tersebut untuk membaiki telefon bimbitnya.

Namun, hal lebih parah berlaku apabila Mohd. Shazni mendapati barang dalaman telefon bimbitnya ditukar dengan barang tidak asli hingga mendatangkan pelbagai masalah lain.

“Bila sampai di rumah saya perasan tempat charger yang di bawah tu bertukar kepada warna putih dan nampak baru… tidak seperti saya punya. Tempat charger saya pada asalnya berwarna hitam.

“Bila saya charge phone dengan menggunakan fast charger ia tidak seperti sebelum saya tukar battery.. ia mengambil masa yang lama untuk charge dan saya pelik kenapa macam tu… saya dah pakai iPhone ni selama 4 tahun dan tahu macam mana rupa phone saya.

“Member opis forward link di Facebook berkenaan pelanggan mengadu kene tipu dengan kedai repair handphone di Mines. SAMA SEPERTI CERITA SAYA.

“Itu menyebabkan saya pegi balik ke kedai phone itu hari ini (25 NOV. 2015) dan memberitahu saya tidak puas hati dengan apa yang dilakukan oleh staf kedai phone tu yang sesuka hati tukar barang phone saya sedangkan ia tidak rosak dan menjadikan phone saya mengambil masa yang lama untuk charge,” katanya.

Lelaki yang membantu Mohd Shazni membaiki telefonnya semula seperti sedia kala.
Lelaki yang membantu Mohd Shazni membaiki telefonnya semula seperti sedia kala.

Dia difahamkan, pekerja yang menipu ketika membaiki telefon Mohd. Shazni kebetulan sedang bercuti pada hari itu.

Namun, kerana takut ‘pisang berbuah dua kali’, Mohd. Shazni bertegas terhadap peniaga kedai tersebut dan meminta ianya diselesaikan segera dan dibaiki semula.

“Kedai tu tidak minta apa-apa charge pun walaupun dia tukar dengan yang baru. So nampak tak permainan dia, setelah kantoi tukar dengan barang yang bukan ori… kalau kesilapan saya mesti dia kenakan charge, tapi ini tidak,” ujarnya.

Berikutan itu, Mohd. Shazni meminta agar semua pengguna telefon bimbit lain berhati-hati dalam urusan membaiki telefon bimbit. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=QEIfD2K3hK8]

Tags: telefon bimbit
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KK Di Batu Pahat Diperiksa

Pura-pura Beli Barang Sebelum Larikan Telefon Bimbit Pekerja Kedai Runcit

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Pura-pura mahu membeli barang menjadi taktik seorang lelaki sebelum melarikan telefon bimbit milik pekerja sebuah kedai runcit...

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

03/09/2022
0

KUALA LUMPUR : Polis selesai merakam keterangan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang didakwa memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd