• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng ‘Meroyan’ Kerana Gagal Jatuhkan Hadi! – PAS

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mendakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ‘meroyan’ dengan PAS hingga hari ini kerana impiannya untuk melihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijatuhkan dalam Muktamar PAS pada Jun lalu tidak kesampaian.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, Guan Eng sangat kecewa kerana rakan-rakannya yang kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN) gagal menjayakan misi menjatuhkan Presiden PAS tersebut.

“PAS amat jelas dan faham akan tahap meroyan beliau yang dilihat masih kecewa kerana impiannya untuk melihat Presiden PAS dijatuhkan dalam Muktamar lepas melalui rakan-rakan politiknya dalam parti Amanah sekarang menemui kegagalan.

“Serangan Guan Eng atas nama DAP kepada PAS bukanlah perkara baru. Kini DAP mahu membuang PAS dari Pulau Pinang dan Selangor. Hanya kerana dendam selepas PAS menolak calon Menteri Besar Selangor daripada PKR (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail).

“Selepas PAS mengisytiharkan untuk membawa undang-undang hudud. Selepas PAS umumkan sikap berkecuali bagi cadangan Bajet 2016,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Justeru, Khairil Nizam berkata, DPPM meminta Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan DAP bersikap matang serta menjaga partinya sendiri daripada terus mencari isu-isu untuk menjatuhkan PAS.

Beliau turut menyindir Guan Eng dan DAP supaya mencari isu-isu yang lebih konkrit untuk menewaskan PAS berbanding terus mengulangi isu lama yang tiada kesudahan.

“Begitulah hebatnya takdir Allah. Sedikit demi sedikit, kebenaran itu muncul dan memalukan diri mereka. Maka bersabarlah wahai ahli PAS. Allah bersama kita. Biarkan DAP dan sekutunya (Pakatan Harapan) terus bermimpi,” katanya.

– Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]bMWEV8It3aM[/wpdevart_youtube]

Tags: DAPHadi AwangPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd