• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raub Kembali Membuka Pusat Pemindahan Banjir Di 3 Kawasan

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Belum sampai 24 jam tiga pusat pemindahan ditutup, daerah Raub kembali membuka tiga lagi pusat pemindahan banjir baharu bagi menempatkan seramai 81 orang daripada 14 keluarga.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Zainal Yusoff berkata pusat pemindahan terakhir di Dewan Serbaguna Kampung Pia ditutup pada 11.50 pagi semalam, bagaimanapun pusat pemindahan baharu di Dewan Datuk Adnan Felda Tersang 1 dibuka pada pukul 7.30 malam tadi.

“Pusat pemindahan baharu itu telah menempatkan seramai 37 mangsa daripada lima keluarga manakala dua lagi pusat yang dibuka ialah Bangunan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Tersang pada 8.30 malam menempatkan 25 orang daripada enam keluarga.

“Yang terbaharu ialah Balai Raya Kampung Tersang yang mula dibuka 1 pagi tadi dan menempatkan 19 orang daripada tiga keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zainal berkata kesemua mangsa terbabit melibatkan penduduk dari tiga buah kampung iaitu Felda Tersang Satu, Felda Tersang Dua dan Kampung Tersang, manakala bagi daerah lain, tiada pemindahan mangsa banjir direkodkan.

Semalam, tiga pusat pemindahan yang menempatkan seramai 101 mangsa ditutup secara berperingkat yang melibatkan penduduk dari enam kampung iaitu Kampung Padang Manggis, Masjid Gali, Gali Hilir, Kuala Temau, Ajai dan Kuala Gali. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd