• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Ditemui Mati Dengan Kesan Torehan Di Perut

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas ditemui mati dengan kesan torehan di perut di dalam rumah yang berkunci di Serdang Jaya, dekat sini, semalam.

Lelaki berusia 75 tahun itu yang tinggal bersendirian ditemui terlentang di atas katil di tingkat dua rumahnya selepas polis memecah masuk rumah berkenaan.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian 1.11 tengah hari itu mangsa ditemui dengan tiga kesan torehan kecil sepanjang satu inci di bahagian perut sebelah kiri dan satu torehan bahagian tengah perut.

“Adik ipar mangsa sebelum itu buat laporan kepada polis kerana risau abangnya yang dikatakan tidak sihat tidak menyahut panggilan beliau. Kita memecah masuk melalui pintu hadapan rumah berkenaan dan menemui mangsa dengan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang tujuh inci di atas katil,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai baharu meninggal dunia kira-kira tiga jam sebelum ditemui.

Bagaimanapun, beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada mangsa membunuh diri.

Polis juga mendapati tiada sebarang kesan umpil pada semua pintu, tidak ada sebarang kesan berselerak selain maklumat jiran yang tidak mendengar sebarang bunyi pergelutan berlaku di dalam rumah mangsa.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Adik ipar mangsa yang tinggal bersebelahan rumah mangsa, kini dipanggil untuk membantu siasatan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]hR4pzk6SQlw[/wpdevart_youtube]

Tags: torehwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd