• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Elektrik Di Daerah Jempol Ahad Ini

oleh Ahmad Albab
24/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Beberapa kawasan di sekitar Bandar Seri Jempol, Mahsan dan Pekan Bahau di Daerah Jempol akan mengalami gangguan bekalan elektrik pada Ahad ini mulai pukul 12 tengah malam sehingga pukul 10 pagi kerana kerja-kerja pemasangan ‘Arc Flash Protection’ di Pencawang Masuk Utama Bahau.

Penolong Pengurus, Pengurusan Komersial, Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas, Pejabat Pengurus Besar Negeri (Negeri Sembilan), Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Bhd (TNB) di sini, Nor Aina Mazlan berkata kerja-kerja itu dijalankan bagi tujuan meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan TNB untuk jangka masa yang panjang dan meningkatkan tahap keselamatan pengguna TNB sekitar Bahau.

“Kawasan yang terlibat ialah Taman Megah, Taman Mahsan, Taman Teratai, Kawasan Industri Park Mahsan, Kolej Komuniti, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Serting, Pusat Giat Mara, Taman Sri Serting dan Pejabat Daerah Jempol.

“Taman Serting Indah, Felda Serting, Kuarters Guru Bandar Sri Jempol, Felda Jaya, MRSM Serting, Perhentian Bas, Aurora Walk, Taman Meranti, Kompleks Kiara, Taman Khaya, Taman Satellite, Taman Industri Bahau, sekitar Pasaraya Econsave, Taman ACBE, Kampung Indah dan Taman Margosa turut terlibat.

“Selain itu, Taman Medang, Taman Suria, Taman Ria, Taman Bakar Batu, Rumah Rakyat Bakar Batu, Taman Angkasa, Taman Pelanting, Taman T Juara, Taman Rasa Sayang, Taman Awana, Taman Tanjung, Taman Bahau Indah, Taman Tasek Bahau, Pasaraya Billion dan Sekitar Pusat Penjaja Bahau juga terjejas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya dianggarkan sebanyak 9,889 pengguna domestik, 4,388 pengguna komersial dan 18 pengguna industri akan terlibat dengan gangguan bekalan elektrik tersebut.

“Bekalan elektrik akan disambungkan semula selewat-lewatnya pukul 10 pagi pada hari tersebut dan jika pemasangan ‘Arc Flash Protection’ ini berjalan lancar, bekalan elektrik akan disambungkan lebih awal,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi pihak Pengurusan TNB Cawagan Bahau di talian 06-4547343 untuk maklumat lanjut. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]QdPfgcWkUWs[/wpdevart_youtube]

Tags: elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tenaga Hidrogen Menjana Elektrik Mesra Alam

Tenaga Hidrogen Menjana Elektrik Mesra Alam

06/11/2023
0

Manusia semakin prihatin terhadap isu-isu seperti keselamatan tenaga, ketersediaan tenaga, pelepasan gas rumah hijau, dan perubahan iklim dunia. IKUTI CHANNEL...

PM Sepanyol Minta Rakyat Jangan Pakai Tali Leher Untuk Jimat Elektrik

PM Sepanyol Minta Rakyat Jangan Pakai Tali Leher Untuk Jimat Elektrik

30/07/2022
0

MADRID – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mencadangkan cara unik mengurangkan rasa rimas di musim panas iaitu dengan tidak memakai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd