• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pukul Pelajar Perempuan, 4 Pelajar Di Semantan Ditahan

oleh AK-47
24/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN dari video viral tentang seorang pelajar perempuan dibuli, empat pelajar sebuah sekolah menengah di Sematan ditahan semalam untuk membantu siasatan.

Dalam klip video berdurasi 2.52 minit itu, dua pelajar perempuan dilihat menampar seorang lagi pelajar serta turut menghentakkan kepalanya ke dinding.

Seorang lagi pelajar perempuan dan pelajar lelaki pula dilihat seperti mengejek mangsa yang jatuh ke lantai akibat mereka menarik rambutnya.

Netizen di media sosial mengecam tindakan itu dan mahu tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kes pukul itu.

Ketua Polis Daerah Sematan, Deputi Supritendan Wong Chee Keong berkata laporan berkaitan kejadian itu telah diterima dan siasatan sudah dimulakan dengan menahan empat pelajar dari sekolah berkenaan.

“Hasil siasatan awal, dipercayai kejadian ini berlaku apabila mangsa menegur rakan sekolahnya ekoran keluar dengan teman lelaki sebelum mangsa dipukul.

“Kes ini disiasat sebagai rusuhan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya seperti yang dilaporkan portal Utusan Malaysia.

Nampaknya semakin banyak munculnya video kejadian buli dan pukul itu berlaku di sekolah-sekolah dengan pelakunya seakan-akan tidak menyedari di dalam negara ini ada undang-undang.

-MYNEWSHUB.CC


Pelajar Perempuan Di Semantan Dipermalukan… oleh mynewshub

Tags: bulikementeriankes buli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli di sebuah kampus IPGM seperti yang dilaporkan media...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd