• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bungkusan Kurier Dihantar Ke Tempat Istimewa

oleh
27/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Dapatkah anda mengesan bungkusan kurier dalam gambar ini? Di sini ada sedikit petunjuk, ia berada di tempat yang anda sendiri tidak fikirkan. Cuba cari di atas bumbung.

Keadaan itu mengejutkan Ajmal Aziz apabila mendapati bungkusan pos yang dihantar oleh syarikat kurier Yodel telah diletakkan di atas bumbung rumahnya di United Kingdom baru-baru ini.

Menurut laporan media tempatan, dia kemudiannya segera merakamkan gambar unik tersebut dan memuat naik menerusi laman sosial Twitter kepada pihak Yodel untuk penjelasan.

Baca: Pos Singapura Guna Drone Hantar Surat Ke Pulau Kecil

yodel2

“Mengejutkan apabila pemandu van awak (Yodel) memutuskan untuk membaling bungkusan pos atas bumbung rumah saya. Boleh saya tanya kenapa?” soal Ajmal.

Pada mulanya, pihak pengurusan Yodel dilaporkan tidak mahu menjawab soalan pelik tersebut, sebaliknya meminta Ajmal agar berhubung terus dengan mereka.

“Salah seorang daripada pemandu kami terlalu bersemangat untuk menghantar bungkusan kepada pelanggan yang kebetulan tiada di rumah dengan menyasarkan tingkap yang terbuka.

“Malangnya ia terlepas dan terjatuh pula di atas bumbung. Ia merupakan sesuatu yang bodoh dan ini amat memalukan,’’ kata Yodel ketika menjawab semula Twitter Ajmal.

– Agensi/Mynewshub.cc

Tags: kurierpos
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

24/06/2025
0

Kuala Lumpur: Taktik penyeludupan dadah melalui penghantaran kurier dikekang menerusi pembangunan sistem kawalan keselamatan berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI). Ia...

Barang Dihantar Kurier Letak Atas Tembok Rumah Kena Kebas

Barang Dihantar Kurier Letak Atas Tembok Rumah Kena Kebas

16/09/2023
0

KLANG: Seorang wanita membuat laporan polis selepas barang keperluan rumah yang dibeli secara dalam talian dan dihantar oleh penjual dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd