• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan Dua Bot Nelayan Dikendalikan Awak-awak Indonesia

oleh Ahmad Albab
23/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan milik warga tempatan selepas didapati dikendalikan awak-awak warga Indonesia tanpa kebenaran dalam satu operasi bersepadu di perairan Selangor dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Klang, Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata sembilan awak-awak berusia lingkungan 26 hingga 46 tahun itu ditahan berasingan dalam dua buah bot tunda kelas C, kira-kira 20 batu nautika di utara Pelabuhan Klang di sini.

“Bot pertama yang membawa empat awak-awak ditahan kira-kira 12.12 tengah hari manakala bot kedua yang membawa lima awak-awak pula ditahan pada 12.45 tengah hari pada hari yang sama.

Hasil pemeriksaan kedua-dua bot tersebut menggunakan awak-awak warganegara asing tanpa kebenaran dan mereka juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutupan operasi bersepadu,’Op Mardof’ di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Selangor Azlisha Ab Aziz.

Beliau berkata kesemua awak-awak itu kini direman selama 14 hari bermula dari tarikh tangkapan untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Menurut Mohd Aliyas, pihaknya percaya pengusaha bot nelayan tempatan kini lebih gemar menggaji warga asing berikutan kesukaran untuk mendapatkan tenaga kerja dalam kalangan rakyat tempatan.

Sementara itu, mengulas mengenai operasi berkenaan, beliau berkata APMM dan Jabatan Perikanan Negeri Selangor akan terus mempertingkatkan lagi pemantauan dan rondaan bagi membanteras sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut.

“OP Mardof ini dilaksanakan empat hari bermula 20 Nov lalu bersama-sama dengan Jabatan Perikanan Negeri dengan kekuatan 70 anggota.

Ini julung kalinya dibuat di peringkat negeri Selangor dan kita harap usaha serta kerjasama ini dapat diteruskan bagi mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau turut menyarankan orang ramai membantu dengan menyalurkan maklumat dan aduan kepada APMM di talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Klang. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd