• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen: RazakSat2 Masih Dalam Proses Pilih Rakan Teknologi – MOSTI

oleh Ahmad Albab
23/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek satelit RazakSat2 masih dalam proses memilih rakan teknologi dan tarikh pelancarannya bergantung kepada rakan teknologi yang dipilih, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamad Diah berkata program tersebut kini dalam proses memuktamadkan Program Kolaborasi Industri (ICP) iaitu satu keperluan mandatori bagi kerajaan yang melibatkan perolehan strategik negara.

“ICP ialah program yang akan melibatkan kerjasama dengan pihak luar di mana ia satu keperluan mandatori bagi kerajaan yang melibatkan perolehan strategik negara bertujuan untuk membangun dan memperkasakan industri tempatan dalam mencapai status negara maju,” katanya ketika menjawab soalan Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam) pada sesi soal-jawab di Dewan Rakyat di sini.

Sim ingin tahu mengenai status projek satelit RazakSat2 termasuk kos terkini dan jumlah yang dibelanjakan setakat ini hingga tarikh siap.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata sehingga kini, beberapa kajian termasuk kajian kebolehlaksanaan RazakSat2 telah disiapkan dan pembangunan fizikal yang melibatkan perolehan sistem antena baharu dan pembangunan stesen bumi atau ‘ground station’ di Tuaran, Sabah serta pembangunan modal insan sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada 2017.

“Projek ini dijangka siap tiga hingga tiga setengah tahun, dan tarikh pelancaran akan bergantung pada rakan pembekal yang akan dipilih,” katanya.

“Kos keseluruhan projek ini ialah RM271.9 juta dan sehingga September 2015 sebanyak RM14 juta telah dibelanjakan bagi pembinaan terminal stesen bumi di Tuaran.”

Menjawab soalan tambahan mengenai keperluan dan faedah projek berkenaan, Abu Bakar berkata projek RazakSat2 adalah rangkaian satelit perhubungan negara yang akan meliputi semua aspek termasuk teknologi, penyelidikan, ketenteraan dan ramalan kaji cuaca.

“Pada masa sekarang kita membayar untuk menggunakan satelit pihak lain bagi melakukan semua aktiviti berkenaan.

“Bagi misi menjadi negara maju, adalah lebih baik untuk kita mempunyai satelit sendiri untuk memantau semua aktiviti tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: MostiSATELIT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NASA Dedah Imej Terkini Bulan Dari Misi Artemis II

NASA Dedah Imej Terkini Bulan Dari Misi Artemis II

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Agensi angkasa Amerika Syarikat, NASA sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi imej terbaharu permukaan Bulan yang dirakam...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd