• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015: Kos Sara Hidup Tumpuan Tertinggi Rakyat Malaysia

oleh AK-47
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Isu kos sara hidup dianggap paling penting dalam kalangan rakyat Malaysia menjelang pengumuman Bajet 2015 pada 10 Oktober nanti.

Dalam satu tinjauan yang dijalankan di laman web Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, didapati bahawa ‘Kos Sara Hidup’ mendapat pilihan tertinggi dengan undian sebanyak 36,921.

Undian tersebut dijalankan sejak Ogos 2014 menerusi laman mikro www.najibrazak.com/bajet2015 bagi mendapatkan maklum balas berkaitan isu yang menjadi tumpuan menjelang Bajet 2015 Jumaat ini.

Selain ‘Kos Sara Hidup’, empat kategori tertinggi seterusnya ialah Pekerjaan yang mendapat 22,459 undian, Perumahan dan Kehidupan Bandar (20,478 undian), Pendidikan (13,762 undian) dan Kebajikan Sosial bagi OKU & Golongan Tidak Bernasib Baik (13,738 undian).

Bagi isu Keselamatan Awam & Rasuah pula, ia mendapat 10,759 undian.

Isu itu agak hangat diperbincangkan serta mendapat perhatian susulan pendakwaan terhadap beberapa pegawai tertinggi Jabatan Kastam DiRaja Malaysia oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Selain itu, kategori Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang menjadi topik perdebatan sejak ia diumumkan pada Bajet tahun lalu, hanya mendapat 10,143 undian.

Kategori lain dalam senarai undian ialah Penjagaan Kesihatan, Persekitaran & Pertanian, Pengangkutan & Infrastruktur, Pembangunan Ekonomi, Kebudayaan dan Pelancongan, Percukaian, Perniagaan dan Kewangan, Perkhidmatan Awam, Pembangunan Luar Bandar.

Kategori yang mendapat undian terendah ialah Belia & Sukan dengan hanya 1,918 undi.

kos sara hidup


Sementara itu dalam ruangan maklum balas pula, komen daripada Mohd Arif yang meminta supaya harga petrol dikurangkan mendapat sokongan tertinggi oleh rakyat Malaysia.

“Harga minyak petrol kian meningkat. Saya berharap subsidi minyak petrol ini hanya untuk golongan berpendapatan RM5,000 ke bawah. Kos minyak petrol ini meningkatkan perbelanjaan isi rumah,” kata komen tersebut.

Komen seterusnya yang mendapat perhatian ialah daripada Abdul Rahman Kamis yang meminta kerajaan memperhalusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Selain itu, komen daripada Mohd Shafie pula menyatakan harapan agar Bajet 2015 lebih menitikberatkan kesusahan golongan pertengahan.

Kos sara hidup dijangka akan diberi tumpuan serius oleh kerajaan pada pengumuman Bajet 2015 oleh Perdana Menteri Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Dr Ahmad Husni Hanadzlah, Ogos lalu yang berkata perkara itu adalah antara 30 inisiatif kerajaan dalam Bajet 2015 dalam usaha membantu mengurangi beban rakyat.

Ia juga merupakan permintaan golongan belia Gen-Y menerusi satu sesi Google Hangout bersama astroawani.com, yang mahukan agihan peruntukan lebih adil agar ia memanfaatkan golongan yang benar-benar memerlukannya. – Astro Awani 

Tags: Ekonomi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

PSM Dakwa Pelarian Rohingya Dijadikan ‘Kambing Hitam’ Kepada Pelbagai Masalah Sosial Dan Ekonomi

PSM Dakwa Pelarian Rohingya Dijadikan ‘Kambing Hitam’ Kepada Pelbagai Masalah Sosial Dan Ekonomi

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan pihak yang didakwa memainkan sentimen perkauman dan xenofobial terhadap pelarian Rohingya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd